Sahabat Setia

Tuesday, March 6, 2012

Umar memulakan persekolahan..



Salam sayang buat kedua putera kecil ummi dan abi..Semoga hendaknya umar dan amin dalam keadaan yang baik dan aman selalu.. Sekejap rasanya masa berlalu..lewat sehari-hari ummi dan abi dilekakan dengan kerja2 …tapi Alhamdulillah, masih banyak Allah bagi kita ruang untuk bersama-sama…melihatkan senyuman dan gelak tawa umar amin, membuatkan hati ummi dan abi membunga-bunga mekar. Lupa terus pada timbunan kerja di office. Seronoknya melayani insan kecil yang suci murni hatinya ini… =) semoga umar dan amin membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa mendoakan kami ye.. 



Minggu lalu, hari jumaat umar, anak sulung ummi abi ni..sudah mulai bersekolah di Brainy Bunch International Islamic Montessori School..alhamdulillah sungguh berdekatan dengan rumah kita. Jiran di hujung corner lot di sebelah kiri rumah kita. Sungguh mudah Allah swt plankan untuk Umar. Untuk permulaan ummi dan abi letakkan umar di bawah jadual regular iaitu 3 jam persekolahan. Awal pagi ummi abi hantarkan umar dengan berjalan kaki sahaja dan umar begitu gembira melihat sekolah dan ‘aunties’ yang baik2. Hari kedua persekolahan, umar dah mula asyik sebut ‘good-good’…adik buat apa2…terus umara kan cakap ‘good amin’..malahan bila umar baca alif baa ta sampai jim..disusuli pula dengan perkataan ‘good’..sendiri baca, sendiri puji ye =)..bagusla..Umar belajarla mana yang baik..Gunakan kelebihan umar yang tajam pemerhatian itu untuk menilai yang baik2 utk diteladani dan tapis yang tak elok untuk dijadikan sempadan dan ingatan… 



Secara jujurnya, sehingga kini..ummi dan abi syukur dan merasa senang sekali dengan environment persekolahan umar. Malah disini datangnya dari latarbelakang budaya yang berbeza.. Ada yang datang dari Palestine, Bangladesh, Morocco dan banyak lagi..Comel2 semuanya. Sewaktu wawancara dan pengenalan dengan Madam Rose, pengurus BBIM tentang sesi pembelajaran umar, ummi dan abi merasa cukup tertarik dengan pendekatan dan silibusnya iaitu kanak-kanak awal usia diperkenalkan dengan kebolehan mengawal dan menguasai 5 motorskills, belajar untuk mengendali dan menguruskan diri, mengira, mengenal abjad..dan apa yang ummi paling suka…ia mengajarkan kanak-kanak to play in order and try to understand the system dan function. Hal ini untuk ketika ini amat sesuai untu umar yang suka main mainan tak ikut aturan. maafla, ummi publishkan disini bukan dgn tujuan to make u ashamed. Hihi.. =) Tak mengapa, umar belajarla mana yang boleh ye..Semoga umar cepat mengadaptasikan diri dengan suasana baru ini .. 



Dalam beg sekolah umar, bukan ada buku2 atau pencil..tapi yang ada adalah tuala kecil, baju persalinan sehelai, pampers dan botol susu..hihi.cumel saja kamu ni. Tergelak sorang2 bila ummi fikirkan betapa cumelnya beg sekolah yang umar galas itu dipenuhi alatan keperluan umar..susu takleh tinggal la kan?... ^_^.. 



Ohya, kita sekarang sudah punya pembantu yang baru. Alhamdulillah dengan ‘bibik haryanti’ ni..adik dan umar dapatlah lebih terurus dirumah dengan jadual yang ummi abi buatkan..selesema dan batuk2 umar dan amin juga semakin kurang. Aktiviti adik di rumah bila abang umar ke sekolah, adalah makan biskut, tengok vcd cartoon Alif bat a atau Dora the explorer atau mickey mouse..sampai tertidur dan bila bangun..abang umar sudah balik.. =) 



Baiklah sayang..ummi sambung lagi nanti ye…salam sayang dan kasih dari ummi abi buatmu dan adik..

1 comment:

I.Am.A.Student said...

Salam 'alaik akak.

MashaAllah 'alaik :)
Suka baca blog ni, senyum saja dan secara tidak langsung memberi pendedahan on how is actually being an ummi and abi :)

Salam ta'aruf dari saya :)
Looking forwad to get to know you sis ^^