Salam buat umar dan ahmad...
Apa khabar?
Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt..
Umar sekarang sudah 2 tahun 7 bulan..sudah banyak patah2 perkataan yang boleh umar sebut..Seronok dan terhibur ummi abi melayani umar sembang..moga2 ummi dan abi sentiasa menggunakan bahasa yang soleh dan baik2 untuk panduan umar..since kids is the best follower, ever ! ^_^
Ahmad Al-Amin,
25/5/2012 genaplah amin berusia setahun. Subhanallah sekejap saja masa berlalu. Masih segar di ingatan ummiSaat melahirkan amin..segalanya alhamdulillah Allah mudahkan. Benarlah kata ibu ummi, sakit bersalin, sakit yang tak mampu diceritakan dengan kata2.. There is no such word to describe the pain..bayangkanlah kesakitan itu sehinggakan gugur segala dosa-dosa kecil si ibu yang melahirkan anak, dan jika mati, dia adalah mati syahid..
Tetapi kesakitan yang amat itu tiba2 saja hilang serta merta apabila doktor meletakan umar/ahmad di atas perut ummi. So real, that alhamdulillah finally i can touched your small fingers, hands and body..which i carried it for almost 10 month..its really amazed me. Almighty Allah !
Dan kini, inilah ahmad....putera kedua ummi abi yang sudah punya 6 batang gigi...Suka senyum...suka memerhati, suka mencuba, suka makan...susu menyusu dan suka tengok cartoon especially Dora the explorer Arabic version etc..
Ummi, abi dan abang umar sangat menyayangi ahmad..Cuma, ahmad kena gigih lagi berlatih berjalan ye ahmad..ahmad sudah laju berjalan bila dipimpin tangan, cuma bila tidak berpegangan, ahmad kurang yakin..kerana itu hanya beberapa langkah saja boleh bertahan, kemudian back to normal style iaitu merangkak..
bertenanglah ahmad, kamu pasti boleh insyaAllah..At one fine day, ummi abi doakan ahmad dan abangmu umar akan menajdi dua bersaudara yang gigih ke sana ke mari, mencari ilmu dan menjadi sisi pd perjuangan islam. Seperti kata Muhammad dan siri Gaza yang Enggan Tunduk -'aku akan terus berjuang dan terus berjuang..sehingga Allah mengambil aku pulang ke sisiNya..'
subhanallah...Demi kesyukuran ini, ummi dan abi mengadakan sedikit majlis makan2 dan menjamu keluarga sahabat dan jiran..semoga Allah terima amalan ini sebagai sedekah jariah..amin3..
Sanah helwah Ahmad, ismuka manqusyun fi qolbi...
Sahabat Setia
Sunday, May 27, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






New Born
No comments:
Post a Comment