Sahabat Setia

Tuesday, May 29, 2012

Doakan mereka...

Salam sayang umar dan ahmad...

Setelah jamuan kesyukuran hari lahir ahmad sabtu lepas, alhamdulillah, ahmad sudah boleh berjalan dengan lajunya..syukur, syukur alhamdulillah..semoga Allah kuatkan kakimu ahmad demi menguatkan deen yang murni ini...

Umar dan ahmad, ummi mahu mengalih perhatian umar dan ahmad terhadap situasi perit yang sedang berlaku dizaman ini dan saat serta ketika ini...peristiwa dasyat sedang melanda saudara seislammu di syria..beberapa hari lalu, di perkampungan Haulah, berlakunya penyembelihan beramai-ramai terhadap penduduk kampung disana...masyaAllah..... sungguh sayu dan pilu hati kami meratapi peristiwa berdarah tersebut.

Saban waktu ada sahaja teman-teman ummi dan abi mengeposkan gambar2kanak-kanak yang disembelih dan ditetak kepalanya di facebook..begitu besar ujian mereka umar.

Marilah kita sama-sama mendoakan kebangkitan rakyat syria menentang pemerintahan Basyar Assad yang zalim dan kejam itu, sehingga menemui kemenangan yang gilang gemilang dan semoga keruntuhan rejim laknatullah itu dapat sama2 kita saksikan dengan penuh takjub...


Sesungguhnya, kita semua berada bersama2 perjuangan rakyat syria..insyaAllah.Umar dan ahmad ingatilah saat ini, dimana masih pada ketika ini, ummat kita dizalimi dan dikhianati oleh sistem yang direka oleh manusia yang berhati binatang..semoga dimasa akan datang, ia menjadi iktibar dan pendorong semangatmu kerana hari ini bakal menjadi sejarah di masa depan !

Ayyuha syabab ..tajjid ilal ammam..mujahidu fisabilirahman...Li iqoomatil syiaril islam....!!





No comments: