Sahabat Setia

Sunday, July 29, 2012

Perkongsian Ramadhan

Antara perkongsian yang disampaikan oleh syeikh Ibrahim Saqr, imam terawih dari Gaza yang kini di Kelantan..

1. Saudaraku, sesungguhnya kalimah Tiada tuhan melainkan Allah adalah kalimah yang teragung dan kalimah yahudi adalah kalimah yang paling rendah dan hina.

2. Bulan Ramadan adalah bulan yang berkat, pintu syurga dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya dan syaitan-syaitan itu dirantai semuanya, maka manfaatkanlah Ramadan ini dengan mencari ridha Allah dan pengampunan dariNya. 

3. Harungilah Ramadan ini dengan bersungguh-sungguh kerana Rasullullah sendiri sangat bersungguh-sungguh dalam beribadat pada bulan yang mulia ini

4. Sesungguhnya ada 3 golongan yang dikutuk oleh Nabi iaitu golongan yang menderhaka kedua ibubapanya, meninggalkan puasa Ramadan dan tidak menyambung selawat keatas Nabi (hadis)

5. Buatlah kebaikan pada setiap hari dan sentiasalah berfikir bagaimana cara untuk berbuat kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah.

6. Sesungguhnya ramai yang mengatakan cinta kepada Allah dan Rasul. pada hakikatnya cinta itu bukan sekadar kata-kata tapi ia perlu dibuktikan dengan amalan. jika kamu mahu mencintai Allah dan Rasul maka cintalah kamu kepada Al-Quran. Cara untuk kamu mencintai AlQuran adalah
- Tadarus Al-Quran
- Menghafaz Al-Quran
- Tadabbur Al-Quran
- Buat apa yang Allah suruh
- Tinggal apa yang Allah larang

7. Hati Palestin adalah Masjid Al-Aqsa. ia adalah tanah yang diberkati dan dimuliakan sehingga Allah menyebut di dalam Al-Quran dalam surah Isra'. Bumi palestin adalah bumi anbiya' , tanah wakaf umat islam. ia adalah isu akidah kita dan akan dipersoalkan di akhirat kelak.

8. Yahudi laknatullah sentiasa mengatakan wujudnya haikal Sulaiman di bawah masjid Aqsa, pada hakikatnya haikal sulaiman itu tidak pernah wujud melainkan hanyalah propaganda yahudi untuk meruntuhkan Aqsa.

9. Israel bertindak menghina tanah suci dan masjid suci umat islam dengan membenarkan pelancong-pelancong yang tidak menutup aurat untuk masuk melawati masjid Aqsa. para pemuda yang marah dengan perbuatan itu bertindak melempar kasut mereka ke arah pelancong untuk menghalau mereka dari mencemarkan tanah suci umat islam

10. Tahanan Palestin di dalam penjara Israel di seksa dengan sangat teruk. wanita yang hamil dibiarkan begitu sahaja, tiada rawatan yang diberikan kepada mereka yang cedera, mereka tidak dibenarkan untuk diziarahi dan mereka dikurung di dalam penjara yang tertutup.

11. Setiap hari semangat kami untuk berjihad begitu berkobar-kobar. Ikrar kami ialah 
~ Allah matlamat kami~
~ Rasullullah teladan kami~
~ Al-Quran perlembagaan hidup kami~
~Jihad adalah jalan kami~
~Mati di jalan Allah adalah cita-cita tertinggi kami~

12. Insya Allah saudaraku, berjihadlah bersama kami baik harta jiwa masa dan tenaga serta doa. itu yang kami harapkan. selagi mana kami di Gaza kami akan mempertahankan tanah kalian. kerana sesungguhnya bumi palestin adalah tanah wakaf umat islam. doakan perjuangan kami. Insya Allah suatu hari nnti aku, kamu dan seluruh umat islam akan sama-sama solat berjamaah di Masjid Aqsa. Insya Allah... Insya Allah....

p/s : Syeikh Ibrahim Saqr adalah anak didik Syeikh Ahmad Yassin (pengasas HAMAS) dan Ismail Haneya (PM Palestin sekarang). Beliau dibawa khas bersama 8 orang lagi huffaz Palestin, 5 orang huffaz dari Somalia dan 2 orang huffaz Syria oleh ngo Haluan Palestin. Alhmdulillah satu peluang yang baik untuk kita bersama pejuang di medan jihad ini. Insya Allah malam ni beliau akan hadir ke masjid kampung halaman saya iaitu MASJID KETEREH. Jemput datang kepada sahabat yang berkelapangan.

No comments: