Salam Ramadhan Kareem buat Umar dan Amin...
Alhamdulillah, sudah masuk 6 hari kita berpuasa...seronoknya bila menjelang bulan Ramadhan. Meriah benar rasanya. Apa taknya, sibuk menghidang juadah berbuka, kemudian bersolat terawih, baca quran, dan sibuk pula di awal pagi untuk solat sunat dan kemudiannya makan sahur.. Memang menyeronokkan bulan ini.. Dan ummi, umar dan amin pula, seronok juga kerana abi banyak bersama kita.. dapat menunaikan ibadah puasa bersama-sama..alangkah nikmatnya nikmat Allah swt...
Umar sudah masuk 2 minggu kena Chicken pox..Alhamdulillah sudah semakin recover. Syukurlah tak banyak sangat naik biji2 tu.. Abi sms kan lagi jadual makan ubat umar kerana kata abi, anti-virus tu perlu diberikan tepat pada masanya untuk kesan yang lebih aktif..Allah izin jua...Sejak tahu umar kena chicken pox dulu, sibuk ummi search internet bagaimana cara mengubatinya. ada orang kata melalui minum air kelapa banyak2..ada juga kata kena sapu bedak sejuk untuk hilangkan kegatalan..dan ada juga kata kena siram dengan air beras...=).. semuanya ummi cuba buat, disamping berikan ubat2 yang abi sediakan tu. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, cepat jugala umar sembuh...
Adikla yang paling seronok.. tengok abang umar pakai bedak sejuk, dia sibuk nak kopek bedak yang keras tu..sibuk nak try makan.. ish2.. adik2..itu bukan makananla syg..tak semua benda, amin boleh cuba rasa... =)
Kasihan ummi abi tengok sewaktu umar kena chicken pox.. tp tak mengapalah, semoga selepas ini badan umar lebih kuat dan sihat... hampir seminggu lebih jugala umar tak pergi sekolah, xkeluar rumah.. =) doa ummi, semoga adik tidak lagi berjangkit, tunggulah sehingga raya.. walaupun semua org tahu, adik lah orang yang paling high potential untuk dapat chicken pox, next to umar.. =) apapun jua, Allah lebih tahu mana baiknya....
salam sayang...





New Born
No comments:
Post a Comment