Kali kedua lesson umar di Sg.Ramal Horse Riding, pada pengamatan ummi, bukan sekadar umar bahkan adikmu Ahmad juga turut excited setibanya kita disini.. Barangkali dia juga tidak sabar-sabar mahu menunggang kuda bersama Umar.. Bila ummi abi lepaskan ahmad berjalan, bukan main laju dia menuju ke arah kandang kuda sambil menunding2 jari pada kuda dan bercakap dalam bahasa yang ummi abi kurang fahami =)
Ahmad2...
Dia sungguh gembira...Tidak seperti reaksi Umar ketika pertama kali bertemu kuda dulu...
^_^
Ahamd yang berani mendekati kuda....tak takut kena tendang kuda ke?
(suara negative dari ummi ^^)
Dia terpaksa diletakkan dalam stroller kerana keberanian dan 'keaktifan' ini, sukar nak kawal...
Umar diajar membelai kuda, memberi makan pada kuda dan membiarkan kuda mencium2 Umar...
Adik yang supportive...
InsyaAllah Ahmad besar nanti, ummi abi izinkan ahmad menunggang bersama abangmu..
lihatla wajah gembira Umar Al-fateh ni...
Sedari pagi lagi beriya-iya pujuk ummi dan abi bawa dia menunggang kuda.
carrot yang dah siap dibungkus pun dikilik2 ke sana ke mari ...
tak sabar nak bagi kuda makan...
Second lesson ni, umar di ajar untuk buat up & down sambil kuda berjalan dan berlari anak..it's quite a simple exercise actually cuma umar seperti keletihan petang ni, focus pun kurang...tak mengapalah. next time, insyaAllah ummi dan abi cuba arrangekan waktu pagi untuk umar menunggang kuda..agar umar dapat beri full commitment pada riding lesson ni....





New Born
No comments:
Post a Comment