Sahabat Setia

Showing posts with label Horse Riding. Show all posts
Showing posts with label Horse Riding. Show all posts

Tuesday, November 20, 2012

Horse Riding Lesson (2)

Kali kedua lesson umar di Sg.Ramal Horse Riding, pada pengamatan ummi, bukan sekadar umar bahkan adikmu Ahmad juga turut excited setibanya kita disini.. Barangkali dia juga tidak sabar-sabar mahu menunggang kuda bersama Umar.. Bila ummi abi lepaskan ahmad berjalan, bukan main laju dia menuju ke arah kandang kuda sambil menunding2 jari pada kuda dan bercakap dalam bahasa yang ummi abi kurang fahami =)

Ahmad2...
Dia sungguh gembira...Tidak seperti reaksi Umar ketika pertama kali bertemu kuda dulu... 
^_^





Ahamd yang berani mendekati kuda....tak takut kena tendang kuda ke? 
(suara negative dari ummi ^^)



Dia terpaksa diletakkan dalam stroller kerana keberanian dan 'keaktifan' ini, sukar nak kawal... 




Umar diajar membelai kuda, memberi makan pada kuda dan membiarkan kuda mencium2 Umar...




Adik yang supportive...
InsyaAllah Ahmad besar nanti, ummi abi izinkan ahmad menunggang bersama abangmu..








lihatla wajah gembira Umar Al-fateh ni...

Sedari pagi lagi beriya-iya pujuk ummi dan abi bawa dia menunggang kuda. 
carrot yang dah siap dibungkus pun dikilik2 ke sana ke mari ...
tak sabar nak bagi kuda makan...

Second lesson ni, umar di ajar untuk buat up & down sambil kuda berjalan dan berlari anak..it's quite a simple exercise actually cuma umar seperti keletihan petang ni, focus pun kurang...tak mengapalah. next time, insyaAllah ummi dan abi cuba arrangekan waktu pagi untuk umar menunggang kuda..agar umar dapat beri full commitment pada riding lesson ni....



Horse Riding Lesson

Salam sayang buat Umar dan Ahmad..
mudah-mudahan sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt...

Pejam celik pejam celik,
dah 3 tahun lebih umar sekarang..MasyaAllah cepatnya umar membesar.. Umar sudah menamatkan pengajian Toddlers 3 year old di Nur Caliph Montessori School, Bangi.. Untuk tahun depan, ummi abi rancang pindahkan Umar ke sekolah baru, untuk mendapat enviroment yang lebih bagus. Walaupun agak jauh dari rumah kita, tapi insyaAllah setakat ini ummi abi puas hati dengan silibus pendidikan serta curicculum pre-school umar yang baru ini.Mudah-mudahan Allah swt merahmatimu....

ohya, Sepanjang cuti sekolah ini, ummi dan abi daftarkan umar ke kelas menunggang kuda. Alhamdulillah dikawasan yang tidak berapa jauh dari rumah kita. Tempatnya sangat selesa dan coach umar juga sangat baik dan pandai mengambil hati Umar. Nama dia Lukman. Dia dulu pernah beberapa kali memasuki SUKMA untuk acara menunggang kuda. nah, tapi umar tidakla sehingga ke peringkat itu. Bagi ummi dan abi, biarlah umar belajar sebagai salah satu kemahiran dan riadhah semata-mata.. masih banyak program dan aktiviti lain yang ummi dan abi hajatkan untuk umar dan ahmad nanti.. namun apapun, Allahlah jua sebaik2 penentu....



tenang umar di atas kuda - namanya Medan.. =)


pusingan pertama uamr dan medan dibawa berjalan2 dulu untuk sama-sama serasi...





sudah semakin seronok menunggang Medan..









muka 'otomen'...




Sessi mendepakan tangan sambil menunggang...





sessi up & down 




sesi meletakkan tangan di atas kepala...
ummi fikir, ini adalah teknik untuk mengimbangkan badan di atas kuda.. =)

Sesi pembelajaran umar berlansung selama 45 min.. Memang seronok ummi abi tengok umar. Kebetulan umar juga sangat menyukai sukan ini... Alhamdulillah. Kalau umar tak suka, ummi dan abi tidak akan sesekali paksa...yang paling penting minat yang datang dalam diri umar sendiri...

adikmu ahmad...entah bagaimana pula minat dia nanti.. =)







Sunday, July 15, 2012

Menunggang kuda

Assalamualaikum Umar dan Amin..
Alhamdulillahi robbil 'alamin..bersyukur ke hadrat Allah swt di atas nikmat serta rahmatNya yang tidak bersempadan..Nikmat yang paling besar, nikmat iman dan islam...dengan kedua-dua anugerah dan nikmat ini, kita menjadi ummat yang dimuliakan Allah swt.. insyaAllah..


Ini pertama kali umar naik kuda di DARC..masih takut2 dan mahukan abi menemani umar...



Ini kali kedua..masih takut2 dan tidak confident..tetapi abi lepaskan saja umar sendiri..supaya umar cepat berani..



Umar cuba menaiki kuda sendirian...alhamdulillah..sudah tidak menangis...



ini kali ketiga, umar sudah boleh menyapa ummi dan abi sambil di joy ride..boleh tanya ummi lagi..
"Ummi takut naik kuda?"...amboi..




Umar dan amin yang sangat ummi abi kasihi..
Minggu-minggu sebelum ini, Ummi ada uploadkan di Facebook ummi dan abi, gambar2 umar dan amin berlatih menaiki kuda. Alhamdulillah, umar sudah berani menaiki kuda sendirian ditemani jurubawa samada wak hassan diladang kuda Abang Man atau juga di Denai Alam Recreation Centre..kedua-dua tempat ini adalah tempat umar dan amin belajar dan mengenali kuda. Dulunya Umar seorang sahaja..Tetapi sekarang, Amin begitu teruja untuk turut sama menaiki kuda dan minggu lalu pertama kalila ummi abi bagi peluang amin mencuba. Walaupun awalnya amin seperti berani, tapi for finale..Amin menangis sbb geli terkena ekor kuda.. =) tak mengapalah ye Ahmad..cuba lagi nanti...ada banyak masa lagi...


Ini pula Amin. Pertama kali menaiki kuda, masih sangat takut dan abi memegang amin sepanjang kuda berjalan.. =)


Tengok, amin begitu berjaga-jaga.. dia kurang suka bila kuda melibas-libaskan ekornya...



Suka dapat naik kuda ..selalunya amin sekadar memerhatikan abangnya sahaja..






Significant nya simple insyaAllah..ummi dan abi memang berhajat umar menguasai mana-mana permainan lasak. Bila ada kemudahan pada sukan berkuda dan tambahan lagi ia 'Sukan Sunnah'..lebih lagi mendorong ummi dan abi. Apapun alhamdulillah umar dan amin menunjukkan respon yang positif. sebenarnya jika umar tidak suka dulu atau tidak mahu menunggang kuda, ummi dan abi tidak akan paksa kamu sesekali.. Biar sahaja umar atau amin selesa..Kemahiran, kesukaan dan kepakaran..memerlukan masa dan latihan...kita sabarla ye. 

Ummi belajar, untuk menanamkan minat anak-anak, yang pertama ibubapa dulu perlu meminati bidang tersebut. Jika tak minat sekalipun, perlu belajar untuk minat dan dorong anak-anak betul2..kena sabar. Jika ibubapa sendiri tidak sabar menemani anak-anak untuk memahami sesuati, minat mereka akan cepat pudar dan beralih kepada yang lain. Ummi terbaca dalam satu Artikel bagaimana menanam minat anak terhadap sesuatu - katanya penulis yang sudah ummi lupa namanya itu bahawa ada beberapa benda ibubapa kena buat : sanggup keluarkan duit, sanggup tunggu, sanggup bawa, sanggup belajar sama.. =) 




Semoga nanti umar cepat belajar dan menyayangi kuda.. pandai seni menunggang kuda ..biiznillah...





Bersama wak hassan..sabar sahaja dia bawa umar keliling padang...


Umar nak bawa kuda pergi makan...





Thursday, March 31, 2011

Demi kuda perang....



Assalamualaikum wrh...

Alhamdulillah...segala puja dan puji bagi Allah swt di atas limpahan rahmatNya yang tanpa sempadan...selawat dan salam ke atas junjungan mulia, Rasulullah saw...keluarga baginda, para sahabat..seterusnya....

Umar dan khalifatullah yang dikasihi selalu...


Dalam percutian singkat kita yang lalu, ummi dan abi berpeluang untuk bawa umar menjenguk tempat pemeliharaan kuda di Colmar..Sudah lama hasrat ummi abi untuk bawa umar tengok kuda terbantut.. Asalnya ummi berhajat membawa umar ke Tempat Trainning Kuda di Denai Alam, tapi memandangkan umar masih kecil ketika itu, jadi tertangguhlah dulu rancangan kami. Alhamdulillah, kali ini ..pun umar masih lagi belum mengerti, tetapi..apa salahnya jika kita lihat dan survey dulu untuk kali pertama kan..? ternyata..umar seolah-olah terpegun melihat haiwan kesayangan rasulullah ini...mata umar ralit saja melihatkan kuda-kuda itu sedang makan dan berbunyi-bunyi....Sungguh gagah dan perkasa rupanya ALlah swt jadikan haiwan kuda ini kan mar....








Mulanya, ummi hajat biar abi saja yang menunggang kuda dulu, sambil bawa umar sekali..memandangkan ummi sedang hamil..tetapi waktu ketika itu tenghari..umar pula sudah hampir wkatu tidur..jadi tak dapatlah abi teruskan hasrat itu..Kalau umar nak tahu..Ummi memang sangat berhajat untuk umar memiliki kemahiran dalam  aktiviti menunggang kuda ini. Dulu, ummi pernah sekali menunggang kuda..tetapi belum boleh mengendalikannya sendiri..maklumlah..masih awal perkenalan dengan haiwan ini...Nah, lepas ini..kalau Allah izinkan...bolehlah kita practisekan sekeluarga...ada beberapa tempat latihan yang bagus untuk kita..insya-Allah...





Umar, aktiviti berkuda ini adalah aktiviti yang sangat disukai dan dicintai Rasulullah saw..disana, terkadung banyaknya hikmah dan kebaikan. Tak hairanlah kenapa Rasulullah saw mengunjurkan ibubapa melatih anak-anaknya dengan sukan berkuda, memanah dan juga berenang.. Sukan-sukan ini amat menyihatkan tubuh badan..Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).”(Riwayat Muslim) ...


Satu artikel yang ummi petik ..Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.


Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.


Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.. Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda...



Yea umar..

Ummi dan abi sendiri merasa takjub melihatkan kegagahan kuda-kuda ini. Kata abi..kuda-kuda ini Allah swt jadikan badannya sangat solid dan kuat..tak hairanlah mar..ia menjadi haiwan yang sinonim untuk peperangan dek kerana kekencangan tubuhnya..Subhanallah mar...



Kalau kita lihat hari ini, sukan berkuda dijadikan sebagai satu bentuk sukan perjudian oleh orang2 kafir. Hinggakan kita rasa, sukan ini tiada kebaikkannya. Padahal mar...musuh Islam apabila melihat bahawa Rasulullah itu sangat menggemari kuda, mereka tahu kebaikan berkuda itu sangat merbahaya jika nanti diikuti oleh orang Islam. Musuh akan menghalang segala bentuk kekuatan yang ada pada Rasulullah yang akan dapat memanfaatkan umat Islam...sayangnya mar..sedangkan kuda itu adalah lambang kekuatan islam padakala dulu..Rasulullah saw sendiri sepanjang hayatnya memiliki 3 ekor kuda yang istimewa..



Kuda Rasulullah saw yang pertama bernama As-sakaf..Kuda ini Rasulullah saw gunakan ketika dalam peperangan uhud..Seluruh dunia pada ketika itu umar mengiktiraf Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya adalah perintis dalam penubuhan Tentera Islam Berkuda atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai 'Cavlry'.. Antara ciri-ciri kuda kegemaran Rasulullah saw pula.."Kuda yang baik adalah kuda kuda hitam, terdapat jalur putih dikepala dan mempunyai warna puteh dibibir bahagian atas,"(Hadith Bukhari )....



Umar..Umar tahu kenapa Rasulullah saw sukakan haiwan berkuda ini?...Sebab kuda ini haiwan yang pantas bergerak...bertenaga, tahanpada cuaca sejuk dan panas..serta ia adalah haiwan yang bijak serta cekap. Tak hairanlah mar...kuda adalah haiwan yang paling banyak disebutkan didalam Al-quran..Ia adalah haiwan yang amat dihormati di dalam Islam..Beruntungnya umar jika umar memiliki kuda sendiri dan menajamkan kemahiran melaluinya....