Sahabat Setia

Thursday, January 3, 2013

Singapore


Minum susu dulu dan tidur dalam train...





dah penat sampai hotel





dalam cab...minum susu dulu charge tenaga..






makan pagi di Mustafa Center






Travel ke singapore kali ni, banyak menggunakan kenderaan awam. Kenderaan awam disini seperti MRT dan sebagainya sangat cepat dan tepat pada masanya.. 






Di Vivo city, transit sebelum ke Sentosa Island..






menunggu train lagi. Umar dan amin sudah tidur..






Di Universal Studio




Umar tercengang-cengang melihat globe besar..





Di hadapan Marina Bay, salah satu bangunan kebanggaan rakyat singapore.. Tapi disini adlah tempat perjudian utama ... huhu..







mama sue dan nekma di bawah pokok sakura.. gambar sahaja..





dalam cab...





Di candylicious...





Bersama harsley's...




Amin yang gembira dapat berlari-lari bebas...





sekeluarga...


Percutian kali ini tanpa papa am dan mama ngah.. Seronok sebenarnya bila dapat bercuti bersama keluarga besar. Dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang.. Kali ini singapore sebagai destinasi sebab nekma umar dah lama nak ke sini.. dan hadiah sempena Long-call ummi... Syukran jazilan buat Nekma dan atuk...

Mudah-mudahan kita mengutip pengalaman-pengalaman berharga dari perjalanan kita ini..
Bagi ummi, jaulah kita ke singapore kali ini menyeronokkan juga walaupun agak sukar mendapatkan makanan halal. Kebanyakkan makanan halal banyak di kawasan Arab street, Geylang, Orchard road.. jadi ada jugala sepanjang duk sana, kita semua makan maggi sahaja di hotel gara-gara sukar nak ke sana.. =)
Alhamdulillah.. jauh perjalanan luas pemandangan.. 

Sewaktu ummi dan abi nak survey hotel dulu pun, bukan main susah. Ummi survey dulu kawasan-kawasan yang biasa orang islam menginap.. bukan tak boleh kita nak menginap di mana sahaja.. tetapi ada baiknya kita menginap di hotel-hotel yang biasa diduduki oleh orang-orang malaysia atau orang islam.. Sepanjang di sana, kita menginap di Fragrance Hotel Rose.... Umar dan amin bukan main suka lagi naik train. Dari satu train ke satu train.. =) semoga pengalaman mendewasakan kalian.. amin ya rabbal alamin..


No comments: