Sahabat Setia

Showing posts with label Travel-Log. Show all posts
Showing posts with label Travel-Log. Show all posts

Wednesday, January 9, 2013

Travel to Bandoeng

Salamullahi'alaik...

Ummi baru rasa nak letak gambar-gambar kita di bandung suatu ketika, di tahun lalu.. =) gara-gara rasa malas nak updates tentang perjalanan kita di sana. Sebenarnya, ia satu percutian yang menarik sangat. Tambah lagi dapat bersama mama ngah yang masih lagi belajar di Makassar Indonesia. Kedatangan mama ngah bersama temannya winda, menjadikan percutian kita lebih harmoni dan senang. Maklumla, mama ngah dan temannya bisa bertutur dalam bahasa Indonesia dengan bagus.. Ummi dan abi? bolehla sikit2. terikut2 kan sinatron indonesia yang ditontonkan di malaysia barangkali.... =)



awal pagi bertolak, Umar dan Ahmad sambung tidur dalam flight




Dah bangun, tapi masih juga belum sampai. Perjalanan kita ke Jakarta mengambil masa hampir 2 jam lebih. Sedang fikir, apa lagi nak buat dalam flight ni selain menyanyi, cakap kuat dan berdiri nak tengok steward lalu lalang. huhu.....






Di airport awal pagi... dua2 muka mengantuk... 





Ahmad explore bilik ... ini hobby dia dan umar...
waktu ini Umar pula sedang sibuk check tandas...




Kita ke sana selama 4 hari 3 malam. Dipandu oleh seorang jurupandu warga Indonesia yang kami panggil dia sebagai Pak Aat. Sungguh baik dan berbudi bahasa orangnya. Cuaca di bandung sangat nyaman.. Makanan pun boleh tahan, sedap. Cumanya kita lebih selesa membeli di kedai2 tertentu sahaja. Banyak penjaja menjual makanan di tepi-tepi jalan, tapi pesan atuk dan nekma yang juga pernah sampai ke sini, agar berhati2 memilih makanan. takut nanti sakit perut dan ciri-birit...




sama2 bersemangat untuk memulakan perjalanan pagi ni...



Umar beramah mesra dengan penjual air minuman...




Jalan-jalan nak kemana tu.. berdua..


Umar dan ahmad tahu..? 

Di bandung ini, jika kita berhenti di traffic light, banyak penjaja makanan ringan, makanan berat, minuman, mainan, kain baju.. yang berkeliaran di atas jalan, menjual barangan kepada pengguna jalanraya. Ghalibnya, jika kita mahu membeli, boleh membeli hanya dari dalam kereta. Bila lampu sudah hijau, penjaja-penjaja ini terus ke tepi jalan bagi memberi laluan untuk kenderaan lalu-lalang... Begitu juga jika kita ke psar atau mall, banyak sungguh penjaja yang mengekori untuk menjual barangan mereka. ada yang faham2 saja jika kita tidak mahu beli, namun ada juga yang seakan memaksa...

Beginilah umar, untuk meneruskan kehidupan sekurang-kurangnya mereka ini lebih mulia dari peminta sedekah yang hanya tahu tunggu dan menagih simpati orang tanpa mahu berusaha walhal mereka itu mampu..  Simpati benar ummi abi lihat para penjaja jalanan di sana... Tapi kegigihan mereka itu, barangkali lebih kuat dari kita..










At Kawah Putih.. subhanallah.. antara keindahan dan kehebatan ciptaan Allah swt....




At Tangkuban Perahu...




Satu keluarga...



Bergambar berdua.. Adik yang masih malu2...




Sudah kena duduk dalam stroller sebab umar dan ahmad sukar dikawal. suka nak berlari ke sana ke mari di tengah keramaian orang...




At Kawah Putih...One of the best place at bandoeng





Sukanya ahmad...




Umar yang tak betah memakai mask. Ini bagi mengelakkan sakit hidung dan sesak nafas kerana bau lahar yang kuat dari tinggalan Gunung berapi...




Suka peluk adik.. tapi adik tak suka dipeluk....
ahmad masih belum mengerti...




batagor..Subhanallah, ini paling sedap rasanya... =)
makanan istimewa dari Bandung




Bubur ayam dicampur dengan kacang soya goreng. sedap rasanya...




Tempe goreng makan dengan cili api.. Cili api tu dimakan begitu sahaja. hebat Indonesia..!





Makanan2 disana, semua sedap2... mama ngah dan windala yang paling sibuk nak kita rasa macam2 jenis makanan di sana.. =)





Orang yang paling happy bila sampai di kawah putih....
mama ngah..




Kenderaan bantuan ini, sangat memudahkan untuk ummi dan abi kawal pergerakan umar.. =)
rasanya jika travel membawa kanak-kanak kecil, Strollerlah antara alat yang paling penting sekali...





Di Toko Tiga... Umar dan Ahmad sibuk melayani pelbagai binatang kecil dari kolam buatan.. ada kura-kura,
ikan, katak, parrot dsb....





Di Cihampelas Walk...


Perjalanan kita ke Jakarta dan Bandung kali ini, alhamdulillah Allah mudahkan semuanya... 


Thursday, January 3, 2013

Singapore


Minum susu dulu dan tidur dalam train...





dah penat sampai hotel





dalam cab...minum susu dulu charge tenaga..






makan pagi di Mustafa Center






Travel ke singapore kali ni, banyak menggunakan kenderaan awam. Kenderaan awam disini seperti MRT dan sebagainya sangat cepat dan tepat pada masanya.. 






Di Vivo city, transit sebelum ke Sentosa Island..






menunggu train lagi. Umar dan amin sudah tidur..






Di Universal Studio




Umar tercengang-cengang melihat globe besar..





Di hadapan Marina Bay, salah satu bangunan kebanggaan rakyat singapore.. Tapi disini adlah tempat perjudian utama ... huhu..







mama sue dan nekma di bawah pokok sakura.. gambar sahaja..





dalam cab...





Di candylicious...





Bersama harsley's...




Amin yang gembira dapat berlari-lari bebas...





sekeluarga...


Percutian kali ini tanpa papa am dan mama ngah.. Seronok sebenarnya bila dapat bercuti bersama keluarga besar. Dapat merapatkan ukhuwah dan kasih sayang.. Kali ini singapore sebagai destinasi sebab nekma umar dah lama nak ke sini.. dan hadiah sempena Long-call ummi... Syukran jazilan buat Nekma dan atuk...

Mudah-mudahan kita mengutip pengalaman-pengalaman berharga dari perjalanan kita ini..
Bagi ummi, jaulah kita ke singapore kali ini menyeronokkan juga walaupun agak sukar mendapatkan makanan halal. Kebanyakkan makanan halal banyak di kawasan Arab street, Geylang, Orchard road.. jadi ada jugala sepanjang duk sana, kita semua makan maggi sahaja di hotel gara-gara sukar nak ke sana.. =)
Alhamdulillah.. jauh perjalanan luas pemandangan.. 

Sewaktu ummi dan abi nak survey hotel dulu pun, bukan main susah. Ummi survey dulu kawasan-kawasan yang biasa orang islam menginap.. bukan tak boleh kita nak menginap di mana sahaja.. tetapi ada baiknya kita menginap di hotel-hotel yang biasa diduduki oleh orang-orang malaysia atau orang islam.. Sepanjang di sana, kita menginap di Fragrance Hotel Rose.... Umar dan amin bukan main suka lagi naik train. Dari satu train ke satu train.. =) semoga pengalaman mendewasakan kalian.. amin ya rabbal alamin..


Friday, July 13, 2012

Travel to Serawak

Salam Umar dan Amin...
Minggu lalu, kita sekeluarga bersama Atuk, Nekma dan masu dizinkan Allah untuk menjejaki bumi Serawak, Kuching. Alhamdulillah, short vacation..yang lebih utamanya masa yang berharga untuk diluangkan bersama...Percutian kali ini, lebih menggembirakan ummi dan abi kerana sibuk melayani karenah umar dan amin yang semakin membesar dan makin banyak fe'el tersendiri ^_^

Syukurlah, Allah mudahkan perjalanan kita. Amin happy sgt sebab dapat jalan-jalan, berkejaran dengan abang umar..InsyaAllah lain waktu, jika murah rezeki, kita rancangkan percutian lain pula ye..

Salam sayang



Amin gembira berjalan-jalan di Cultural Village...walaupun panas terik, masih riang ria bila abi lepaskan amin berjalan sendiri... =)




Lihatla Umar. setelah pandai dan tahu tentang Ultramen, asyik buat gaya dan muka ini sahaja. Aduh, marahlah sudah ummi pada Ultramen sebab berjaya juga buatkan umar tertarik padanya.. Harap2 Allah pendekkan kecenderungan umar pada makhluk berwajah pelik yang selalu merasakan dia adalah HERO itu...




Umar yang selalu pandai mengambil hati ummi dan abi... Alhamdulillah..



tengoklah adik.. dia masih x puas berjalan... sehinggakan bila abi nak dukung dia, dia meronta-ronta mahu dilepaskan..adik, abi takut adik jatuh.. tempat ini perlu didaki.. kamu masih kecil..





Adik yang mencari2 benda untuk dikutip...




Ini adalah gaya umar mengambil gambar. Tiada kamera, jari pun jadila..  =)




Thursday, May 31, 2012

Travel to Cameron Highland

Awal mei yang lalu, kita sekeluarga ke Cameroon Highland untuk percutian ringkas bersama keluarga ummi..
Alhamdulillah..Seronok dapat meluangkan masa bersama keluarga..

Sungguh cepat masa berlalu !

Rasanya dulu atuk dan nekma kalianla yang selalu bawa ummi dan adik2 pergi bercuti. Kata atuk, percutian bersama keluarga bukan saja untuk
Suka2, lebih dari itu untuk merapatkan ukhuwah di kalangan ahli keluarga..u untuk saling mendengar rasa hati masing2.. Saling bertolak ansur dan memahami..formula atuk, bila dalam
Mood percutian, adalah kaedah yang baik untuk saling bercerita, nasihat menasihati dan saling mengingatkan..

Biasanya bila dirumah, ruang untuk duduk bersama terhad. Bercuti juga salah satu dari proses tarbiah.. Mengembara bersama keluarga, banyak yang dapat dipelajari dan
Diteladani bersama..mungkin inilah juga yang sedang ummi dan abi practisekan..

Mudah2an apa sahaja usaha ummi
Abi untuk menyiapkan umar sebagai Hamba Allah swt dan rijaludeen..diterima Allah swt sbg Sedekah jariah buat kalian berdua..amin3..