Sahabat Setia

Thursday, February 28, 2013

masa berlalu





Assalamualaikum Umar dan Ahmad..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi di atas kurniaanya yang tidak bersempadan.. Selawat dan salam buat Murobbi, da'e terulung Rasulullah saw..ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat, para salafus soleh seterusnya mereka yang tidak jemu-jemu berada di atas landasan perjuangan ini... Semoga Allah merahmati mereka ini...


Syukur pada Allah swt. Sehingga hari ini, masih kita dapat bersama-sama sebagai sebuah keluarga. Ummi abi, Umar dan Ahmad.. dan bibik sebagai anggota dalam rumah kita.. =) Umar dan ahmad dah semakin besar. Melihatkan Umar saja, ummi sudah rasa begitu pantasnya masa berlalu.. masih segar diingatan ummi, kesibukan atuk dan nenek menghidangkan makanan, menyiapkan pakaian sekolah, membantu mengemas buku sekolah untuk ummi adik beradik. barangkali jika di tanya sama abi, pasti jawapannya juga sama... Serasa seperti masih kanak-kanak, masih remaja.. masih dibawah bumbung rumah atuk dan nenek kalian.. Rupanya inilah dia... Ummi sudah punya umar dan ahmad...umar semakin meninggi..begitu juga ahmad.. semakin banyak nak bercakap dan mahu melakukan seperti abangmu Umar.. Allahu rabbi, cepatnya masa itu berlalu... 


Ummi selalu teringat kata-kata arwah moyangmu ..katanya dulu semasa masih muda seperti ummi, "..dia juga sangat cergas. boleh melakukan macam-macam kerja, boleh makan apa sahaja...tapi sekarang dah tua.. makan pun perlahan-lahan, dah tak boleh buat banyak kerja, dah tak ada tenaga seperti dulu...." ..bila dia cakap seperti ini, biasanya ummi akan usap2 tangannya yang sudah berkedut tu. Hati ummi sangat terusik bila melihatkan wajah tuanya. Insan yang banyak berbakti kepada ayah ummi. Pastilah ummi sangat2 menyintainya... Bila ummi tanyakan atuk, " apa perasaan ayah tengok wan yang sudah tua..." ..wan tu panggilan ummi untuk moyang umar tu.. jawab atuk.. " ish ayah rasa sayu sangat tengok wan.. ayah rasa macam masih anak kecil. terkenang masa dulu-dulu dia berkejaran dengan ayah untuk suap makanan, bonceng ayah naik basikal... buatkan nasi kepal sambil geletek-geletek... ish cepat masa berlalu.. sekarang wan dah tua dah..."


.. lihat umar dan ahmad.. 


Jawapan atukmu sama seperti apa yang ummi gambarkan sekarang.... ummi juga sekarang rasa sayu bila melihatkan atuk dan nenekmu... dulu mereka sangat bertenaga, sangat sihat, kulit juga sangat tegang.. berjalan pun laju.. sekarang mereka juga sudah memasuki ambang usia tua... bila nenekmu mengadu pada ummi giginya sakit dan mahu dicabut, pernah juga dia terjatuh ketika berjalan kerana tak perasan ada batu, atau kadangkala dia mengadu penat bila kami berjalan-jalan di pasaraya... sedarlah ummi ketika tu bahawa waktu telah berubah.. Ummi sudah dewasa dan mereka semakin tua... entahla apa amal bakti ummi dan abi buat kedua orang tua kami.... 


Perasaan ini adalah perasaan belas kasihan kepada kedua orang tua...
Sepertimana mereka belas kasihan kepada kita sewaktu kita kecil dahulu..sehingga ke hari ini...


dan perasaan ini adalah anugerah yang cukup besar dari Allah swt.. Jika umar dan ahmad lihat di luar sana, ramai saja anak-anak yang hilang rasa belas kasihan ini.. nau'zubillah... Semoga Allah swt merahmati kedua atuk dan nekma, sidi dan siti... Umar dan ahmad juga, berlatihla mendoakan mereka.. Sesungguhnya mereka ini sangat besar jasanya buat kedua-dua ummi dan abi...

Cintai mereka kerana Allah swt !


nasyid ini sangat bermakna buat ummi.. =)





No comments: