Sahabat Setia

Thursday, August 29, 2013

Aidilfitri 2013





Tak banyak yang ummi nak catatkan tentang Aidilfitri 2013 kita ni. 
Tahun ni kita berhari raya di Kampung Abi. Machang Kelantan...
Tahun ni juga ada hal yang menggembirakan dan ada hal yang menyedihkan juga.
Yang menggembirakan kerana 1 syawal tahun ni jatuh pada 8 Ogos 2013. Iaitu Ulangtahun perkahwinan Ummi dan abi. yea, sudah genaplah 5 tahun kami bersama. bermacam2 rencah yang dilalui dan diharungi bersama..abi masih sama seperti yang ummi kenali bertahun-tahun yang lalu.
Masih setia memahami, meyokong, menasihati dan membetulkan salah silap ummi.. yang sentiasa ada disisi setiap kali ummi memerlukan..yang menguatkan, yang mendokong dan menyokong ummi untuk mencapai impian.. rasanya 5 tahun ni terlalu cepat masa berlalu.. seperti baru semalam kami walimah..saling berkenalan rapat.. haa masih basah diingatan ummi macamana kagetnya kami bila pertama kali bertemu rapat..duduk berhadapan dan dekat sekali..seakan-akan nak terkeluar saja jantung ummi ni dari badan...
begitulah...berdebar2.. =)

ha yang keduanya, hal yang menyedihkan kerana tahun ni, ummi dna abi kedua-dua kami kehilangan nenda tercinta. Nenek ummi meninggal selepas Aidilfitri tahun lepas. manakala nenek abi meninggal pada mei tahun ini.. terasa janggal juga berhari raya tanpa nenek. Tapi umar begitulah hakikat kehidupan. Masa makin berlalu. Kehilangan nenek ummi ni, ummi rasakan satu kehilangan yang cukup menginsafkan ummi. kerana dialah orang yang selalu menasihati ummi dan akhlaknya umar mashaallah....hebat sungguh...Allah menyayanginya...InsyaAllah..

emm...

ini gambar2 umar dan amin di hari raya lalu...










Di rumah nenek saudara.. Jinak sungguh anak kambing ni. Amin apalagi..Amin ni sifatnya berani. berani sungguh. apa yang abg umar dia takuti, itulah yang dia nak pegang2.. 










At last dah comot....





Amin ni sekarang sering mencuit hati ummi dan abi. kelakar sungguh keletah dan ekspresi muka dia. walhal dulu masa kecil, amin ni sungguh serius. berbeza pula bila dh makin besar ni. kelakar, kuat semangat, kental, berani, manja dan paling penting amin ni protective.. 


Mudah-mudahan Umar dan amin mewarisi sifat2 yang baik..insyaAllah





2 comments:

Anonymous said...

salam..wah,dah lama ummi umar&min x update blog^_^..sy slalu jgk follow blog ni..suke tgk 2 org budak kecik yg sgt cute ni :) guess what, sy t'nampak umar,amin b'sama ummi n abi nye di PKNS shah alam masa bulan puasa tempoh hari..hari jumaat..tp pndang dr jauh jela..:)

-shahirah-

Diary Qol said...

salam shahirah...

ye dah lama x menulis ttg kehidupan mrk sekarang. yeke? jika Allah izin jumpa lagi, nanti bolehla menyapa. boleh saling mengenali.. =)