Sahabat Setia

Showing posts with label Baby Needs. Show all posts
Showing posts with label Baby Needs. Show all posts

Sunday, September 27, 2009

Hadiah Dari Abi




 











Asaalamualaikum wrh..

Malam sabtu lalu, abi dan ummi jalan-jalan di Mid Valley. Ummi hajat nak carikan baju untuk khalifatullah.. Alhamdulillah, ada beberapa kedai barangan baby.. Kami masuk Mothercare. Banyak pula mainan yang menarik. Terlintas pula untuk belikan satu untuk khalifatullah memandangkan khalifatullah tak ada satu pun lagi. em khalifatullah, ini Hadiah abi untuk khalifatullah...Beriya-iya benar abi pilih mainan ni. Ummi suggestkan beli satu mainan untuk khalifatullah, tapi bila dah pilih satu, abi berkenan lagi satu..then berkenan lagi satu..jadi lah 4 kesemuanya.. Banyak juga ni..Mainan yang first sekali tu, Safari Wrist Rattle tu nanti ummi pakaikan pada khalifatullah bila khalifatullah lahir nanti yea..comel ni.abi yang pilih.. =)

Baiklah. Salam sayang dari abi dan ummi...

Thursday, September 24, 2009

Check List




 


 


Final Check List Untuk Keperluan Khalifatullah...Ummi dan abi banyak berpandukan pada senarai keperluan khalifatullah. Insya-Allah berbekalkan panduan yang ada, dapatlah kami sediakan mana-mana yang mampu. Semua ini dibeli beransur-ansur...Tapi taklah kesemuanya kami ikut...Tengok juga pada keperluan. Ummi dan abi tanya-tanya juga pada atuk dan nenek khalifatulah, ibu saudara dan kawan2 ummi dan abi..Mereka lebih berpengalaman..Ummi dan abi tidak mahu membeli sehingga membazir pula.. Yelah, dalam keghairahan menyediakan barang-barang untuk 'insan istimewa' ini...tuntutan syarak tetap perlu diutamakan... Iaitu tidak membazir dan berpada-pada...


Sunday, August 30, 2009

Kelengkapan Khalifatullah


 ____

 
 ____

____


 _____


 ___

Salamun'alaik...
Salam kasih sayang buat anak ummi dan abi...di waktu ummi menulis ni, ummi pasangkan sekali nasyid "pujian" dari kumpulan aeman. Subhanallah, khalifatullah suka betul nasyid ni ye. Kuat sangat dia gerak-gerak dalam womb ummi..hinggakan terpaksa ummi tepuk-tepuk sikit perut ummi supaya khalifatullah dapat bertenang. Ummi tahu, khalifatullah suka nasyid ni. Ismahli ya waladi..sudah lama ummi tak pasangkan nasyid ni untuk khalifatullah. 
Ummi mula2 perasan khalifatullah suka nasyid ni bila mama sue khalifatullah nyanyikan untuk khalifatullah masa kita balik kelantan jun tempoh hari. Masa dia dendangkan nasyid ni dekat dengan perut ummi, khalifatullah sampai menendang banyak kali kat mama sue. Amboi2 anak ummi dan abi ni..bila dah suka tu, tak dapat nak tahan-tahan yea..show off je..ehe.tak mengapalah khalifatullah, selagimana khalifatullah gembira...ummi dan abi lebih-lebih lagi gembira untuk khalifatullah.. 
hm..tadi abi call ummi..tanya khabar ummi dan khalifatullah..kasihan abi tak dapat bersama-sama kita di hari cuti merdeka ni. Abi terpaksa berkerja dan oncoll..Bertungkus-lumus di Hospital. Patutlah semalam, abi macam tak ceria saja. Ummi pun tak ceria..Tapi khalifatullah pula..kuat sangat gerak semalam.. Ummi mengantuk sampai tak larat nak melayani karenah khalifatullah..jadi ummi biarkan saja khalifatullah gerak-gerak sendirian tanpa respon dari ummi. Maafkan ummi yea..


Ohya, kali ni..Allah bagi ummi sedikit kesempatan untuk snap gambar barang-barang yang dah siap ummi dan abi belikan untuk khalifatullah..Insya-Allah, barang yang selebihnya..in progress. Ada sesetengahnya ummi tak snap..Adala rezeki khalifatullah untuk tengok barang-barang khalifatullah..


Hem, kataorang..kalau anak lelaki tu...mostly barang-barang beli warna biru.. Ummi dan abi pula beli macam-macam warna..Kecuali warna-warna yang nampak keperempuanan tu kami tak belila. Contohnya pink. Cuma ada satu saja yang kami terpaksa beli warna tu, kerana sudah tiada pilihan lain lagi.. Jadi yang set mandian anakku tu, kotaknya saja warna pink..tak mengapalah yea..


Barang-barang khalifatullah, semua masih dalam beg-beg plastik lagi. Tak dapat lagi ummi nak susunkan elok-elok kerana almari yang ummi dan abi tempah khas untuk khalifatullah masih betul deliver ke tangan kami berdua. Subhanallah, Allah dan abi sajalah yang mengetahui macamana perasaan ummi terhadap almari biru putih tu. Semoga Allah swt permudahkan serta percepatkan proses kami memilikinya...


Hari ni abi oncoll, tapi emosi ummi lebih stabil kerana petang ni abi izinkan ummi berbuka puasa sama dengan abi di hospital. Makan dalam kereta.. Ummi kena masaklah petang ni. Dapat jumpa abi sekejap saja pun dapat beri ummi semangat baru..
 







Stoking Untuk Khalifatullah



 




Salam khalifatullah..

Semalam, ummi dan abi ke kedai MANJAKU di Bangi. Hasrat hati ummi untuk carikan topi untuk khalifatullah. Tapi tak jumpa pula yang berkenan di hati. Tak mengapalah, lain kali ummi dan abi try cari di kedai lain pula. Alhamdulillah..walau bagaimana pun, kami ada belikan stoking untuk khalifatullah. Tak sabar pula rasanya ummi nak pakaikan pada khalifatullah. Tapi kenala ummi sabar. Insya-Allah lagi 7 minggu penantian ummi dan abi. Semoga Allah permudahkan segalanya.. Mudah-mudahan juga khalifatullah ummi terus kuat dalam meniti kehidupan di dalam sana yea..

Stoking ni nanti ummi dan abi harapkan dapat melindungi kaki khalifatullah dari rasa sejuk.. Kelak, apa yang khalifatullah rasai..ummi tak akan tahu melainkan khalifatullah kena beritahu ummi. Sementara menanti khalifatullah pandai untuk beritahu ummi, ummi dan abi kenala pressume sendiri apa yang sepatutnya dan tak sepatutnya kami buat untuk khalifatullah..


Bagi ummi dan abi, kami banyak bertanya pada mereka yang lebih berpengalaman.. Dalam sibuk bertanya dan mendengar cerita, kadang2 timbul juga rasa berdebar dan takut. Maklumlah, ummi sangat-sangat cetek dalam ilmu penjagaan dan pendidikan anak kecil. Banyak sangat yang perlu ummi belajar. Dari sudut kesihatan khalifatullah pula, insya-Allah...sepenuhnya ummi serahkan pada abi. Sekarang ni, abi sedang posting di wad kanak-kanak.. Allah susunkan. Dari situ, dapatla abi belajar sedikit sebanyak ttg penjagaan dan kesihatan bayi dan anak kecil.. Alhamdulillah, bertuahla khalifatullah...
Khalifatullah..ini gambar stoking khalifatullah..Suka ?