Sahabat Setia

Sunday, August 23, 2009

Catatan Untuk Khalifatullah (1)


Assalamualaikum wrh..


khalifatullah..beberapa minggu yang lalu, ummi dan abi bimbang sangat tentang khalifatullah. Kebetulan waktu tu, Allah izin ummi dan abi sibuk sedikit.. Lama, baru ummi perasan khalifatullah kurang bergerak.. Tak respon bila ummi letakkan nasyid kesukaan khalifatullah, malah bila ummi letakkan alunan zikir dan bacaan quran juga..khalifatullah tak gerak.. Ummi bimbang sangat.. 5 hari sebelum tu, ummi ada rasa sakit yang agak kuat kat bawah perut, ummi asyik call abi sebab ummi bimbang kalau-kalau terjadi apa2..  Alhamdulillah, sakit tu hanya seketika. Ummi pergi kuliah macam biasa. Tapi tak lama lepas tu, sakit tu datang lagi.. kali ni, abi bergegas tinggalkan hospital kerana bimbangkan keadaan ummi. kasihan sangat pada abi. Rushing bawa kereta datang ambil ummi di fakulti..


Kami ke Pusat Bersalin Barakah.. Hajat hati ummi dan abi untuk buat medical check up untuk pastikan khalifatullah dalam keadaan yang baik. Setelah ultra-sound, alhamdulillah khalifatullah ok.. 


Hari ahad, ummi bimbang sebab khalifatullah kurang gerak.. Abi panggil pun khalifatullah tak merespon..Kali ni,ummi dan abi pergi lagi sekali ke Pusat Bersalin Barakah, tapi Allah izin, mesin ultra-sound rosak..ummi hanya buat test untuk kesan kontraksi sahaja. Tu pun, Doktor Khairiah kata, khalifatullah kurang bagi gerakkan yang kuat.. Malam, abi tengok ummi susah hati..jadi dia bawa ummi pergi ke klinik untuk scan..sedih betul rasanya bila tengok khalifatullah macam lemah saja..selalu bila ultra-sound, khalifatullah tentu gerakkan tangan atau kaki..tapi kali ni, tak pula...


kenapalah agaknya ngan khalifatullah waktu tu yea?


keesokkan harinya, Abi ambil cuti kerana bimbangkan ummi dan khalifatullah..tapi alhamdulillah..hari ni, khalifatullah mula tunjukkan perubahan..khalifatullah awal2 pagi lagi dah gerak-gerak..tu pun setelah ummi dan abi cakap2 ngan khalifatullah..aktif betul dia gerak..asal saja abi letakkan tangan untuk rasa pergerakkan khalifatullah..abi kena kick dari dalam perut ummi.khalifatullah merajuk ngan ummi abi ke sebelum ni..? Kami assume begitulah...


Lepas saja tgk perubahan khalifatullah..barulah lega hati kami. Alhamdulillah....


Khalifatullah..
kelak, janganlah macamtu lagi yea..Bimbang ummi dan abi.. Kesejahteraan khalifatullah adalah kesejahteraan kami..Tapi ummi dan abi yakin, setiap dari sesuatu itu..Allah swt cuma ingin titipkan hikmah dan nilai-nilai musahabah buat kami berdua. Barangkali, ummi dan abi tercuai dalam menunaikan hak-hak khalifatullah..contohnya..kurang baca quran 2-3 hari sebelum tu..kasihan khalifatullah kan.. padahal, ayat2 Allah itu adalah makanan rohani dan keperluan pembesaran khalifatullah juga...








No comments: