Day 1 of life
assalamualaikum.selawat dan salam buat rasul junjungan al amin,ahli keluarga baginda,sahabat2 bagiinda dan umat islam seluruhnya.amin.alhamd.setinggi-tinggi kesyukuran pada rabbul izzati atas keizinan allah maka lahirkan insan baru ke alam dunia.Ahlan Wa Sahlan wa Marhaban Bikaya Bunayya.Abi, ummi, atuk2 nenek2 pakcik2 makcik2 dan seluruhnya menyambut kelahiran khalifatullah dengan penuh syukur dan gembira tak terhingga.Alhamd.
Jazakallah khairan kathira ana ucapkan kepada semua yang mendoakan kami, staff2 klinik bersalin Barakah terutamanya Dr Khairiah.Alhamd sokongan rohani dan jasmani yang diberikan ditambah lagi dengan zikir2, doa2 sama2 kita alunkan memudahkan lagi proses menyambut kedatangan amanah allah.Alhamdulillah..
Buat khalifatullah..anakku..amanah Allah.Abi n ummi doakan Allah permudahkan n bantu abi n ummi mendidik khalifatullah untuk memiliki addeen,hidup dalam addeen..n memperjuangkan addeen islamul karim.Anakku, lahirmu bagaikan sehelai kain yang putih bersih.Moga Abi n ummi dapat mencorakkan nya sebagaimana yang Allah dan Islam inginkan.InsyaAllah.Moga anak amanah abi ummi ini menjadi anak yang taat, soleh, kuat semangat, pejuang agama yang hebat, berjaya dunia n akhirat.InsyaAllah
Ini pesanan Dari Yang Empunya Dunia buat dirimu Khalifatullah...dengarlah..
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.
(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): “Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”.
Abi wa Ummi..






New Born
2 comments:
alhamdulillah. Khalifatullah telah selamat dilahirkan. Wah. mabruk. Anak kelahiran pb barakah jugak nie ye...
jzk. tulah.anak pb barakah jugala khalifatullah ni.ehe
Post a Comment