Sahabat Setia

Tuesday, May 4, 2010

Bersama Abu Ayyash

Silih berganti menjaga..


Saling bercerita..


Abu Ayyash semakin ceria....


Assalamualaikum pejuang kecil ummi dan abi.
Abi minta maaf kerana telah lama meninggalkan medan catatan buat umar ini. Ini kerana begitu banyak tanggungjawab serta keperluan yang lebih menagih perhatian abi. Saban waktu, saban detik...pekerjaan abi selalu saja mencemburui waktu untuk abi menulis. Namun, insya-Allah bila abi ada masa, abi juga ingin kongsikan terlalu banyak perkara dengan Umar...pengalaman-pengalaman, jerih-pahit merintis jalan-jalan tarbiah ini, semua ini abi tahu..ia akan menjadi bekalanan umar suatu ketika nanti.... Allah saja yang menjadi saksi cita-cita dan impian abi dan ummi pada umar...

Sang Pejuang kecil..Umar Al-Fateh...

Hari-hari sudah, Allah beri kesempatan untuk abi meluang masa bersama seorang peribadi mulia, seorang da'e dari indonesia..yang kehidupannya merantau ke segenap lembah arab ..dari asia ke timur tengah demi merealisasikan impiannya mendokong perjuangan palestina. Abi mengenalinya dengan gelaran Abu Ayyash, sempena anaknya yang kini berusia setahun lebih...betapa hebatnya kisah pengorbanan dan cinta yang terselit pada kehidupan si da'e ini Umar..

Abu Ayyash dimasukkan ke Hospital Serdang kerana demam denggi dalam misinya ke Malaysia sebagai penterjemah kepada Ummu Muhammad serta wakil-wakil palestina. Apa yang menakjubkan abi, sahabat-sahabat kita bergilir-gilir menjaganya..siang dan malam..tanpa sedikit pun membiarkan abu ayyash keseorangan di tempatnya. nah, umar lihatlah betapa hebatnya kasih sayang yang terbina di antara orang-orang mukmin. Tanpa ikatan saudara, tanpa ikatan kekeluargaan, atau ikatan atas apa-apa kepentingan, orang-orang mukmin itu saling berkorban dan menjaga kepentingan sahabatnya sama seperti mereka menjaga diri mereka sediri. Bahkan lebih dari itu ! ....


Banyakla pengalaman yang hendak abi ceritakan...

Umar, ada satu kisah yang membuatkan abi terharu..kata abu ayyash, sepanjang perkahwinannya dengan isterinya, hanya 6 bulan saja dia bersama dengan isterinya. Pada awalnya, begitu susahnya untuk dia explain tentang perjuangan dan cita-citanya kepada isterinya meskipun mereka memiliki fikrah yang sama.. macam-macam penjelasan yang diberikan..tetapi dia yakin, dengan keikhlasan dalam perjuangan islam, Allah permudahkan segalanya..Sehinggalah isteri dia meredhainya.. Alhamdulillah sekarang ini, isterinyalah yang menjadi pendokong kuat perjuangannya...


Abi juga teringat bagaimana abu ayyash bercerita ttg anaknya ayyash, pada ketika anaknya lahir, dia berada di malaysia, membawa misi palestina bersama wakil palestin.. Betapa kuatnya rindu hati seorang ayah untuk melihat anaknya. hanya selepas seminggu, barulah dia dapat jumpa anaknya. Ayah serta ibu mertuanya hanya sambut hambar kepulangannya,  tetapi isterinyala yang menguatkannya.. Alhamdulillah anaknya sekarang sudah berusia setahun, sepanjang tempoh itu hanya 3 bulan saja dia berkesempatan bersama anaknya. Apa yang abi kagum, anaknya cepat dapat berjalan, bercakap..dan sekarang sudah mampu memanggil 'abi' meskipun dia jarang sekali bersama. 


Diceritakan juga pada abi sebuah kisah sahabat dimana dia telah meninggalkan rumah untuk berjuang di saat anaknya baru saja lahir, sehinggalah 25 tahun kemudian, dia kembali dan sebelum pulang ke rumah, dia solat di sebuah masjid. Waktu tu, dia terfikir.. seandainya perjalanan tarbiah anaknya lancar, anaknya mungkin sebesar pemuda itu dan mampu menjadi imam dan pendakwah seperti pemuda itu. Apabila dia tiba di rumah, rupa-rupanya pemuda itu adalah anaknya..masya-allah begitulah hebatnya jagaan Allah...kata abu ayyash lagi, bilamana kita berada di jalan Allah..insya-Allah, Allah akan permudahkan perjalanan tarbiah ahli keluarganya.
Umar tahu, kemudian abu ayyash berdoa  agar Allah permudahkan perjalanan tarbiah anaknya juga dan anaknya juga menjadi seorang mujahid..

begitulah menariknya kisah ini Umar...

Kerana dakwah dan tarbiah..hati seseorang itu tidak merasa gentar dan ketakutan..malahan sentiasa lapang dan tenang..Meskipun berjauhan, dia yakin Allah itu lebih baik jagaannya dari dia sendiri..tetapi itulah ajaibnya orang mukmin ni umar..semua perkara baik baginya..Sepanjang abi bersamanya beberapa kali, menjaganya diwaktu dia kritikal sehinggala disaat abi mampu melihat senyuman dan tawanya..abi tidak pernah mendengar dia mengeluh atau susah hati..wajahnya sentiasa tenang dan senyum.. Katanya sakitnya itu adalah tarbiah..Dia tidak pernah berhenti kerja, rehat selama tempoh ini..iaitu hampir seminggu..Itulah, mungkin hikmah Allah untuk abi dan sahabat-sahabat disini berkongsi pengalaman tarbiahnya..dengan itu, katanya juga dapat lebih taaruf..hebatnya kasih sayang orang mukmin.

Insya-Allah..jika ada kelapangan waktu abi akan sambung lagi nanti..Hari ni, Allah izin abu ayyash telah discharge dari ward..

Pesanan abi...
semoga umar juga akan membesar menjadi seorang mujahid. Abi sedikit pun tidak rasa kesal atau ragu-ragu terhadap kata-kata ini..Ia adalah doa abi dan ummi buat umar..Mudah-mudahan umar menjadi generasi baru yang lebih baik dari generasi sebelumnya....


Bersama-sama, ustaz abd.rahim, ust raja'ie..

2 comments:

Yin Areesa said...

Assalamualaikum

Jagaan Allah itu lebih baik daripada jagaan kita.

Sakit itu adalah tarbiah.

Beruntung dapat berjumpa dengan abu ayyash. Dia memang insan terpilih dalam pemeliharaan Allah.

Semoga Allah memberikan ganjaran terbaik buatnya...

Abu Sofea, Ummu Sofea, Zahra Sofea

Diary Qol said...

insya-Allah kak..
kak jemput bersama-sama ke perhimpunan perdana palestin esok...
untuk kebersamaan kita dengan saudara2 kita di palestin..Insya-Allah akan ada bersama pejuang2 mereka di sana..