Sahabat Setia

Monday, May 10, 2010

Sekitar Perhimpunan Perdana..

Sebuah perhimpunan Ummah...

Assalamualaikum Umar..
Perhimpunan Perdana Palestin telah berlalu di malam sabtu yang lalu..
Ia suatu malam yang penuh dengan syu'ur serta rasa izzah terhadap Bumi Barakah Palestin..
Alhamdulillah Allah swt memilih kita untuk hadir ke Perhimpunan Ummah tersebut..
Disana, kita bertemu ramai betul sahabat dan sahibah ummi abi..

Ohya, kita juga berjumpa dengan insan yang istimewa, saudari amal..
mungkin umar boleh panggil 'makcik amal'.. he2..
Kuasa Allah, kita bertemu di gerai jualan..dalam keramaian orang disana, Allah izin, makcik amal ni dapat pula cam ummi dan umar..Subhanallah. Takjub betul ummi rasa pada susunan Allah..[jazakillah ye amal] ..sayangnya...Umar tidur, padahal makcik amal berhajat sangat nak jumpa umar. Mudah2an Allah berikan pertemuan lain yang lebih bermakna..insya-Allah...


Pada ketika kita sampai, Shoutul Harokah sedang bersemangat menyampaikan nasyid2 jihad..Para pemuda dan pemudi juga begitu bersemangat mengibarkan bendera serta banner palestin.. 
Umar pula ?...
Tercengang-tercengang umar melihat keriuhan dan kemeriahan suasana dalam stadium tu.
=) 

Sepanjang disana, kita duduk bersama sahabat baik ummi, Ummu Amar Yassir..Sementara abi pula kena bertugas seketika di bilik rawatan kesihatan KKH. Bersiap sedia kalau2 ada yang memerlukan bantuan kecemasan.



 Kebersamaan terhadap Pembebasan Al-Quds dan Ummat islam Palestin..



NGO-NGO islam berganding bahu



Semangat pemuda...



Persembahan kumpulan Shoutul Harokah...


Bertemu Abg Amar Yassir ..



Sahabat seperjuangan di masa akan datang..biiznillah...







SHAH ALAM, 8 Mei - Hampir 8000 orang telah hadir dalam Perhimpunan Perdana Palestin yang dianjurkan oleh Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN) bersama-sama dengan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Jemaah Islah Malaysia (JIM), Yayasan Amal, Palestinian Center of Excellence (PACE), Aqsa Syarif, Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda), Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Viva Palestina Malaysia (VPM).
Perhimpunan dimulai dengan ucapan aluan oleh Pengarah projek LL4G, Tuan Haji Noorazman Mohd Samsuddin. Beliau menjelaskan objektif program LifeLine4Gaza iaitu mempertahankan bumi Al Quds dari penjajah Zionis, memberikan kesedaran kepada masyarakat berkenaan Konvoi Menerobos Tembok Kematian di Gaza, solidariti NGO-NGO dan rakyat yang prihatin dengan Palestin, dan menjadikan Majlis Kemuncak Projek Pengumpulan Dana untuk Konvoi Life Line 4 Gaza. Menurut beliau lagi, aktiviti-aktiviti Life Line 4 Gaza yang dibuat sebelum ini antaranya ialah siri pengumpulan dana dari aktiviti-aktiviti yang dibuat sejak 2 bulan lalu seperti konsert nasyid amal, jamuan makan malam, ceramah-ceramah Palestin di masjid-masjid dan di surau-surau di seluruh negara.
 Laporan Lengkap : Haluansiswa




Mengimbas kembali respon audience ketika Aktiviti Freeze [ Gerak Gempur Gaza ] di Pasar Karat tempoh hari, abi kata ada antara orang ramai disana yang kata, kenapalah kita sibuk sangat tentang Palestin sedangkan di Malaysia sendiri masih banyak rakyat yang menderita kelaparan.. Sebenarnya, kali ini, kita menumpukan lebih perhatian terhadap saudara kita di Palestin kerana gawatnya hak-hak kemanusiaan disana. Gawat yang bagaimana?...terlalu gawat..

Ada sahabat ummi bercerita, Zionis yahudi kini telah menyekat sepenuhnya bantuan makanan, pakaian, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain dari memasuki sempadan Gaza. Secara terang-terangan, adakah ummat islam itu redha apabila melihat saudaranya dibantai habis-habisan oleh yahudi laknatullah ini...? ...adakah kita redha terhadap agenda yahudi untuk melakukan penghapusan etnik ini..? Padahal umar, tanah itu adalah tanah milik ummat islam..orang-orang yang berada di sana, Allah swt sebut dalam Al-quran, mereka adalah orang-orang yang kekal berjuang dan mempertahankan Al-quds...Kita tidak berjuang apa-apa..kerana itu, sahutlah panggilan jihad..korbankan sedikit harta kita untuk menyumbang kepada mereka..tidak banyak, sedikit pun cukup...Kata orang, yang dekat ditimang-timang, yang jauh lagi dikenang..begitulah keadaanya kita...




Nama akaun : "TABUNG PALESTIN HALUAN"
Nombor akaun: 5644 9020 8528
Bank : Maybank Berhad
 ____________________________________
S e k i t a r    K e m p e n   L i f e l i n e    4  G a z a 




5 comments:

Anonymous said...

salam ummu umar....syukran juga pada k.anis sekeluarga...insyaAllah akan kita ketemu lagi...dapat melihat Umar pun Amal dah bersyukur k.anis =D..umar paggil Amal "mak cik" pun x kisah..hehehe

Alhamdulillah mampu Amal dan teman2 smpai ke stadium walaupun dalam m0od final..itulah die kekuasaan Allah...rasa sgt tersentuh jiwa amal dan teman sehingga kami menitiskn air mata...ya Allah, jikaiberi peluang, mahu saja Amal ke Palestin memberi bantuan lebih2 lagi dlm bidang perubatan...m0ga niat kita semua untuk menegakkan islam diredhai dan diterima Allah..insyaAllah..

halawatul iman said...

salam anis...
minta copy gamba yer...

sedih xdpt jumpa...
insyaAllah kita susun lain kali yer..
moga Allah beri peluang..

faiz_naimi said...

Salam anis....

Alhamdulillah, walaupun naimi tak dpt join anis di perhimpunan ni, sedikit sebanyak naimi dapat juga gambaran apa yang blaku malam tu... hebat betul semangat orang Islam, lebih2 lagi pemuda2 kita...Alhamdulillah...syukur sangat...

Anis, lain kali naimi teringin sangat nak join anis g macamni...anis janganlah segan2 nak pelawa naimi n faiz lagi nanti ya..ari sabtu aritu mmg tak dpt dielakkan sangat.sumenya last minit faiz kena panggil msuk opis. maaf ya..

wassalam

Diary Qol said...

amal - insya-Allah amal.itulah dia tanda kebersamaan kita. Walaupun mgkin ada yg beranggapan, ia sia-sia..namun, kita yakin..Allah pasti menilai stiap usaha kita.. =) ma'an najah dlm xm..

k.aisyah -..itulah.sdihnya xdpt jmpa kak. padahal, rindu bnr kat kak =)insya-Allah, kita jmpa lgi

naimy - xpe nmy.Allah x izin..insya-Allah, lain kali anis bgtahu nmy jika ada lagi program sebegini ye =) ..

Anonymous said...

salam....afwan k.anis..alhamdulillah, Amal sekarang ni pun dh habis final..tawakal pad Allah setelah berusaha..betul kata k.anis..walaupun manusia lain mengatakan apa yg kita kerjakan adakalanya sia-sia, tp mungkin di sisi Allah perkara itu tidak sia-sia..