Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada
keteranganku sendiri.
Meskipun lidahku telah mampu
Namun tanpa lidah,
cinta ternyata lebih terang
Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
Kata-kata pecah berkeping-keping
Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya
Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur
Cinta sendirilah yang menerangkan cinta
Dan percintaan
[KCB-ANNA ALTHAFUNNISA]
Assalamualaikum wrh...
Umar dan khalifatullah yang ummi dan abi cintai....
Alhamdulillah, puja dan puji selayaknya kita kembalikan kepada Allah swt, tuhan yang maha mentadbir hati dan keseluruhan dari kehidupan kita..Dialah Allah. Tuhan yang satu-satunya wajib disembah dan tidak disekutukan ke atasNya...Dialah Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Syukur alhamdulillah, semalam..telah selesai check-up khalifatullah untuk minggu ke16. Sedar tak sedar rupanya sudah 4 bulan usia khalifatullah...seperti bulan lalu, berat badan ummi tak bertambah. malah berkurang lagi..Abi risau kalau khalifatullah tak progress. Tapi alhamdulillah bila Dr.Khairiah scan..khalifatullah dah besar..dah aktif gerak-gerak tangan dan kaki...Abang umar pula bukan main ramah lagi menegur..agaknya umar nak tanya, doktor buat apa tu..?.. Muka curious umar tu...tak tahan ummi tengok.. =)
Umar dan Khalifatullah....
Masuk hari ni, sudah hampir 4 hari rumah kita didiami dengan kehadiran pembantu rumah...Dari Medan datangnya dia. Jauh kesini untuk mencari rezeki untuk menyekolahkan kedua anaknya..sekarang ini, barangkali ummi abi rasakan perlu pada pembantu untuk bantu ummi uruskan rumah dan menjaga umar nanti.. Memasuki fasa last sem di final year ini, ummi akan bertambah sibuk..nanti jika umar di rumah pengasuhan, kasihan pula umar...awal pagi hingga lewat petang..atau kadangkala ummi terpaksa pulang lewat malam seusai kelas ummi...umar tentu akan kepenatan nanti.
Kerana itu abi usahakan juga untuk dapatkan pembantu rumah...kami doa mudah-mudahan kehadirannya ini Allah mudahkan ummi untuk lebih fokus belajar dan fokus pada program... Yelah umar, sebelum ni..kalau ada halaqah atau penyampaian...ummi terpaksa duduk luar atau berjalan ke sana ke sini untuk kejar umar..mudah-mudahan nanti, bila ummi berhalaqah, bibik akan pegang umar di sekitar itu...Tapi insya-Allah, ummi abi akan selalu bawa umar ikut ummi abi pergi program...itu adalah salah satu biah yang ummi dan abi nak providekan pada umar...
Minggu hadapan ummi sudah mula kuliah lagi...sekarang ini, ummi sedang usaha siapkan dalam folder-folder khas untuk rancangan televisyen untuk pendidikan umar di rumah.. Banyak betul rupanya yang abi dah download di internet..dah complete semua rasanya.. Dari pembelajaran Alif, Ba, Ta...hinggalah pada IQRA'...jimatlah.tak perlu ummi abi carikan dvd lagi kan... lepas ni tugas abi pulala nak ajar bibik macamana nak gunakan gadget Modeo tm abi tu.. mudah-mudahan banyak manfaatnya untuk Umar dan khalifatullah nanti....pembelajaran melalui audio visual ini hanyalah pada waktu aktif umar..bila malam, atau bila ummi abi ada..ummi abi akan luang masa bersama umar..yea ?
Ummi abi doakan...Allah bantu bibik untuk mudahkan urusan abi dan ummi...dikurniakan dia kelapangan sentiasa...mudah-mudahan juga..mudah untuk kita serasi dengannya...






New Born
8 comments:
salam anis..
selama ni ana jd pembaca setia disini..tp x pernah komen..segan hehe =) suka sgt2 baca tulisan anis..sejak baca majalah haluan lagi ana sering mencari kalau terjumpa tulisan anis lagi hehe..
tp,untuk entry kali ni,rasa berminat nk bertanya lbih lnjut jika anis sudi..berkenaan pembantu rumah..ana skg tggl di mesir,sdg study(lagi2-3thn insyaAllah). mempunyai seorg anak ppuan 2thn..kami tgh mncari agen yg provide pembantu/maid yg soleh..klu anis ada cdgn agen yg baik,ana nk try negotiate klu2 boleh urus bwk kesini. tuntutan kuliah dan hospital sgt memerlukan huhu..nak hantar ke hadhanah/tadika disini,tak tergamak lg kerana biahnya krg memuaskan(kasar dsb)..begitulah sedikit sbyk..
klu ada masa,anis blslh..bila2 pun xpe..syukran jazilan dan maaf sekali lg ambik masa baca komen panjang2 ni =)
barakallahufiik dan mabruk atas kandungan kedua ni..moga tumbuh membesar menjadi anak soleh seperti abgnya ameen~
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. moga Along dan keluarga sihat selalu.. aah rajin pula nak komen di sini.. xsabar juga nak tau jantina khalifatullah.. hihi.
waalaikumsalam wrh...
terima kasih ummu balqis sbb sudi luang masa disini.sbnrnya, ana yg seharusnya segan ngan anti.. =) seronoknya anti berpeluang membesarkan anak di mesir, bumi yang menyimpan khazanah ilmu2 ulama..cemburu rasa.. =)
ttg pembantu rumah ni, sbnrnya zauj cuba ikhtiar dari seorang ustaz dari indonesia.dia bukanlah agent tapi dia sering jugala bantu2 org yang berhajat nak pembantu rumah.yg dia cari pun setakat ni alhamdulillah, yang solat, yang pandai baca quran, yang berjilbab..cuma selebihnya kitala pl yg berperanan...
klu anti berhajat, ana boleh minta zauj cuba tanya2kan dia lagi klu ada yg sedia utk bekerja di mesir..mcmn?..
sampaikan salam ana pada balqis yang comel tu ye..sgt bertuah dia. minta dia doakan qholah anis agar boleh sampai di mesir juga suatu wkatu nnti =)
assalamualaikum wbt..
syukran ukhti atas reply anti..mengetahui bahawa pembantu rumah yg didtgkan bercirikan islamik membuatkan ana dan zauj berbesar hati sungguh nak proceed..
tapi, bimbang juga takut2 mengganggu kesibukan zauj anti..jadinya, takde masalah kami tunggu hingga bila2 kalau zauj anti ada kelapangan masa ye..kalau ada apa2 maklumat, anti boleh emel ana disini :- choco.ball@yahoo.com
sehingga ketemu lagi..jazakillahu khair atas kebaikan antuma berdua~
salam anis, kalau tak keberatan, boleh tak akak nk tahu kos amik pembantu rumah ni. sbb bukan dr agent, lbh murah kan...
salam kak shira..kalau tak silap anis..semua kosnya termasuk imigresen lebih kurang dalam RM4000 juga kak..termasuk 3 bulan gaji awal dia.ttg imigresen pula semua zauj uruskan sendiri...
eh, ok sgt harga tu... klu thru agent mau rm8000++ jugak la...
akak lebih suka privacy. zauj akak cdg amik org tlg akak 2 minggu sekali je... tu pun akak kena fikirkan sbb kami weekend mmg suka berjalan sbb zauj akak kerja teruk on weekdays...
tula kak. anis juga sprti akak mulanya.tapi di final year ini, anis banyak kelas malam serta setiap hujung minggu ada kelas sampai petang..jadi tiada org dpt jaga umar.sem lepas, anis dan akhi terpaksa bergilir2 susun waktu kerja akhi hujung minggu dgn jadual kelas anis..jadi skrg dh terpaksala ambil pembantu..mulanya agak kekok jugala kak...
Post a Comment