Syababul Islam, malakna hazihil dunyya quruna...
Kami memerintah dunia ini berkurun-kurun,
Nenek moyang kami kekal menakhlukinya,
Kami salin semula lembaran-lembaran tamadun,
Zaman tidak melupainya, kami juga tidak melupainya..
Dan kami jika mereka tidak mencabar kami,
Dengan kekejaman, akan kami pijak-pijak dahinya,
Penuh dihati kami petunjuk yang kuat,
Kami tidak akan mengelipkan mata, tidak kami biarkan kezaliman,
Disuatu masa kami kami bina kerajaan di muka bumi,
Dibantu oleh para pemuda yang kuat semangatnya,
Pemuda-pemuda permudahkan tercapainya cita-cita,
Mereka tidak mengenali islam sebagai cara hidup,
Mereka dijaga, maka mereka dipelihara dengan pemeliharaan,
Yang mulia, mengharumi dunia sebagai cabang kami,
Apabila mereka melihat peperangan, semangat pun berkobar,
Lalu mereka musnahkan penjara dan kubu pertahanan (musuh)
Merekalah pemuda yang tidak dirosakkan oleh malam,
Mereka tidak menyerahkan tenaga mereka kepada musuh,
Bila malam menjelang mereka tidak kelihatan berkeliaran,
Kerana takut (akan Allah), mereka hanya bersujud,
Demikianlah islam menghasilkan dari kamu,
Pemuda-pemuda yang ikhlas, bebas lagi dipercayai,
Mereka diajar bagaimana membentuk kemuliaan,
Agar mereka menolak pembelengguan atau penghinaan,
Tidak disedari zaman telah silih berganti hinga..
Hilang keagungan ketangan orang lain
Tidak ku dapati kaumku didalam perlumbaan,
Sesungguhnya mereka pernah menjadi ketua sekian tahun,
Sungguh menyedihkan aku n setiap orang yang bebas
Menjadi tandatanya orang yang bebas!
Aku sangsi samada yang lepas akan berulang. Sungguh aku..
Menjadi lebur kerana kecintaan kepada zaman silam,
Jauhkan aku dari harapan yang palsu,
Tidak ku dapati harapan itu melainkan hanya khayalan,
Bawakkan untukku cahaya dari iman,
Kuatkan diantara dua rusukku dengan keyakinan,
Ku hulurkan tangan lalu ku ragut kemuncak (kekuasaan)
Dan ku bina keagunagan yang begemerlapan lagi padu...

-Sebuah petikan nasyid arab..lupa apa nama kumpulan ni-
Umar dan khalifatullah yang sentiasa didoakan....minggu ni kalau tak silap perkiraan umi khalifatullah dah masuk 19 minggu..Patutla sudah aktif bergerak pada waktu-waktunya. Bila umi di kuliah, khalifatullah pun macam abang dulu...kuat sangat gerak...Kata kawan-kawan umi, appearance luaran umi masih sama macam dulu..tak lagi menampakkan tanda umi pregnant. bagaimana, abang umar dulu pun bila menjangkau usia 6 bulan, barulah umi betul-betul macam ibu mengandung..kali ini, umi doakan agar bertambahlah berat badan umi supaya berat badan khalifatullah juga akan bertambah dan baik2 belaka yer..
ohya, semalam bermulalah penempatan baru abi di Hospital Seremban. Bertugas sebagai pegawai perubatan (Medical Officer) di unit forensik. Akhirnya, setelah 2 tahun yang begitu banyak mengajarkan abi erti kehidupan seorang doktor, susah payah, perih jerih..tawa dan tangis...Allah izin, abi telah menamatkan zaman itu...Syukur alhamdulillah..semuanya dipermudahkan Allah swt..Dari itu, abi masih berulang-alik dari seremban ke putrajaya..terharu rasanya hati ummi ni...kalau umar nak tahu awalnya abi ditempatkan di Hospital Daerah di Jempol, Negeri Sembilan. Jauhnya memakan masa 2 jam lebih perjalanan. Agak mustahillah kalau abi nak berulang-alik..rupanya keesokan hari abi merayu pada jabatan kesihatan negeri sembilan untuk ditempatkan di seremban bagi memudahkan abi berulang-alik..Alhamdulillah, lagi sekali Allah mudahkan...Semoga perjalanan kerjaya abi sentiasa dalam rahmat dan barakah Allah swt...apa yang penting ?...redha Allah...
Ahad yang lalu, ummi dan abi belikan satu hadiah untuk umar. Sudah lama kami berhajat nak beli memandangkan potensi umar sekarang yang suka mencuba..Ummi abi belikan satu playhouse untuk umar dan insya-Allah khalifatullah juga.. Playhouse ni dalam kata lainya macam khemah je cuma materialnya saja yang berbeza sedikit. disamping tu ada beberapa jenis games yang boleh umar practise kat sini..contohnya bowling, golf, basketball dan masukkan bola dalam jaring mengikut warnanya...Tapi biasalah umar, semua mainan2 tu umar gabungkan saja..main ikut rule umar sendiri...takpelah.its a process of learning kan ?...cumanya umi abi harap semoga umar memanfaatkan hadiah tu ye...
Markaz baru Umar Al-Fateh
buat apa tu ?...
Umi abi intai umar yea..
jemput masuk dalam pondok saya..
keluar untuk minum susu..
Seronok betul tengok umar excited bila tengok playhouse ni..menjerit2 je depan markaz dia..keluar masuk tak henti-henti...hurm. Bila tengok umar sekarang, rasanya cepat betul masa berlalu...dulu masih kecilnya umar..tak pandai pun lagi nak express kan rasa gembira, sedih atau nak request apa-apa. tapi sekarang, dah tahu nak minta susu, nak makan, dah pandai expresskan rasa gembira atau sedih...dah pandai pujuk ummi dah pun..dah lama rasanya tak belikan mainan untuk umar. Hurm, sekarang ni umar dah boleh berjinak-jinak dengan mainan menyusun blok. Ada satu set lego untuk umar. a big one. senang untuk kanak-kanak peringkat umar cuba menyusun blok2 lego tu..tapi setakat ni umar dah boleh masukkan satu hingga 2 blok saja..selebihnya umi, abi atau bibik yang akan buatkan dan umar akan tanggalkan satu persatu blok-blok lego tu...
ni nak susun blok ke atau nak tengok tv ni hm umar ?
Umar..maafkan umi lah yea 2 minggu ini, perkuliahan umi sudah bermula, jaranglah sedikit masa kita dapat keluar jalan-jalan bersama..kebetulan abi pula waktu itu dalam masa-masa akhir di wad pembedahan..malam baru pulang...insya-Allah, jika ada kelapangan...hak-hak umar untuk mendapat persekitaran pembesaran yang baik takkan umi dan abi abaikan...moga umar menjadi seorang pemuda yang berjiwa besar kelak ! ...

New Born
3 comments:
salam kak anis..
wahh umar dah ada markaz sendirilah!! seronoknya diee...hihi
ws.izwah apa khabar?...umar rindu kat qholah izwah dia ni..=) bagaimana di besut?..banjir ?
alhamdulillah izwah sihat.. qholah dia ni pun duk rindu2 kat umar ni.. bila la nak jumpa lg umar, nnti2 insyaAllah mudah2-an dpt jumpa umar dan adiknya sekali, hihi..
erm, besut banjir kak, tp alhamdulillah rumah x naik air cuma jalan sekat dgn air.. skrg ni dh surut sikit sbb dlm dua hari ni hujan serik dh, cuaca cerah. alhamdulillah=)
Post a Comment