Sahabat Setia

Saturday, January 8, 2011

Urusan Kuliah

salamun'alaik ...

Umar dan khalifatullah....zteetka yam chutq ? bzatra qhurt ? 

Apa khabar umar ..? umar faham bahasa di atas tu ?..itu dia bahasa salah satu suku bolam di africa..lucu kan. tapi kata kawan ummi yang menemuinya, menulisnya pun sudah susah apatah lagi menyebutnya. u will never pronounce it. ever ! ..macam tu sekali ayatnya =) ..amboi ! misteri betul pada bahasa bolam ni kan umar...


hanya bakal tinggal kenangan...kurang 4 bulan lagi, kalau diizinkan Allah ummi 
akan tinggalkan Faculty Of Law, UKM..insya-Allah..

Kenapa ummi sebut tentang bahasa ni ?... sebagai selingan, seminggu ini ummi terpaksa bertungkus-lumus menyiapkan hujahan lisan yang akan ummi bentangkan dalam sesi Mooting untuk subjek Undang-undang Keterangan. Kes yang perlu ummi bawakan sebagai Pendakwa iaitu tentang kes surat pemerasan meminta wang secara paksa terhadap seorang Adun. dan surat itu ditulis dalam bahasa india... Oleh itu, seminggu ini kajian dan study ummi hanya berkisarkan tentang Pakar dalam Bahasa dan Penulisan India serta how it gonna work dalam mentafsirkan pemilik sebenar tulisan tangan dalam surat itu... Rupanya dalam penulisan tangan terdapat banyak betul justifikasi serta terdapat beberapa teknologi yang digunakan yang boleh mencari ketepatan hampir 100% pemilik handwriting tersebut... Ish. Menarikkan. Rupanya ilmu Allah itu semamangnya begitu luas..banyak juga yang perlu ummi study tentang forensik sains berkaitan handwriting, signature dan juga documentation... Jadi, kalau ada yang cuba buat pemalsuan pada mana-mana signature ke contohnya, he just put himself in a very unsafe condition..sebab banyak teknologi terkini yang boleh detect forgery signature tu.... =) 

hurm..oklah umar..dah hampir habis masa 'take five' ummi...umar sekarang sedang lena tidur di bilik sebelah...sedari pagi, ummi terpaksa beruzlah seketika dalam bilik untuk selesaikan urusan kuliah ummi.. Abi pula locum pada pagi ini..Terpaksa umar ummi amanahkan sekejap pada bibik..Ikutkan hati ummi, mahu saja ummi habiskan sepenuh masa denganmu..tapi apakan daya mar...ummi ada taklifan lain lagi...insya-Allah, tengahari hingga malam nanti, ummi dan abi akan di sampingmu...kita jalan-jalan buka minda sket ptg ni yer...

jazakalah kerana sabar menghadapi kesibukan ini...

2 comments:

izwah said...

semoga dipemurdahkan urusan pengajian akak! insyaAllah=)

umar anak soleh yang memahami keadaan umminya, hihiii..rindu kat umarrrr!!

Diary Qol said...

doakan yea izwah =)