Sahabat Setia

Tuesday, March 29, 2011

Colmar

 Umar Al-Fateh Bi Mohammad Hazimi

Merenung masa depan..

Alhamdulillah...

Setelah melalui almost past 10 hectic weeks..akhirnya Allah mudahkan ummi menempuh sesi mock trial seperti yang ummi gambarkan dalam post yang lalu. Mock trial untuk civil dan syariah ini, menagih sepenuh perhatian dan pengorbanan dari ummi..Malah, ummi sangat berterima kasih pada abi yang begitu memahami kesibukan ummi..terpaksa pulang lewat malam demi tugasan2 ini..Malah, abi sabar menunggu ummi kadang2 sampai satu jam dalam kereta kerana waktu yang tak menentu...Habis saja mock trial dan test minggu lalu, abi murah hati membawa kita sekeluarga rehat-rehat di Colmar, Bukit Tinggi...Dah lama melalui saat susah dan penat, akhirnya Allah berikan kembali waktu lapang dan kerehatan...ia menjadi lebih indah apabila kelapangan itu diraih setelah kita merasai perih jerih waktu sibuk....

 Umar nak susu ke ni?..

dah mula jalan balik..umar ada misi ye mar?

 bila umar mula jalan balik, maknanya ummi dan abi pun terpaksa tamatkan waktu rehat kami..

Sebab umar suka berjalan ke mana saja yang umar nak..

kalau ummi abi dah penat nak kejar, umar akan abi dukung..barulah kami dapat rehat dan menikmati pemandangan..

Bila ummi fikir2 balik, memang tak ada rehat sebenarnya..bila umar dah pandai berdikari nanti..khalifatullah pula akan melalui fasa2 ini..
Mungkin lebih ringan bagi ummi abi sebab umar akan tolong jaga khalifatullah kan?

Tengok...dia rasa bebas, sebebas bebasnya...like a young man..






Abi sudah tempah penginapan awal-awal lagi dan tunjukkan pada ummi resit pembayaran online. Boleh dikatakan, ia menjadi pembakar semangat ummi untuk sabar seketika melalui saat2 penat itu.. =) em oleh itu, kita kena cakap apa mar ?...terima kasih ya Allah kerana kembalikan waktu-waktu indah kita sekeluarga...bercuti, merehatkan minda dan bersama keluarga dalam jaulah itu perlu demi memulihkan semula himmah..ia mampu memberikan kita kekuatan dan kesegaran..


 Ini akibatnya kalau ummi cuba pegang tangan umar..umar akan cakap 'lepas'..sambil tarik tangan dia..


kalau cakap nak ambil gambar..baru boleh diam sekejap umar ni...

umar senyum tu..nak ummi snapkan gambar lagi ke? ikut siapala ni..suka ambil gambar...

Semalam, bila balik saja dari jaulah ini...malam tu, kita sempat lagi berziarah moyang umar..kemudian, abi meneruskan pula sesi halaqahnya di Bangunan baru Koplit..Alhamdulillah..ummi kira inilah dia antara nikmat2 Allah swt kan...kalau bercuti, penat sampai tak dapat pergi halaqah..itu tandanya cuti kita sia-sia pula kan..sebab dulu, atuk umar selalu kata..kalau kita buat sesuatu, biarlah ia boleh memberikan kita lebih kekuatan utk bekerja utk islam. hm..sebut tentang, ummi rasa malu pula..abi lagi komited dari ummi skrg..kerana banyaknya kelas malam dan kelas hujung minggu, ummi sudah beberapa kali tertangguh program...ya Allah..jauh disudut hati ummi, ummi masih berlari2 untuk pergi program2 yang ada jika berkesempatan..cuma sekarang, ummi berpegang pada beberapa kaedah..mudah-mudahan Allah swt redha...


Semoga Allah kekalkan nikmat kasih sayang ini..

Ummi teringat kata-kata seorang sahibah ummi dulu..

" betapa indahnya merasa susah kerana Allah..merasa rindu kerana Allah..gembira kerana Allah...dicerca kerana Allah..dihina kerana Allah..menangis kerana Allah!..hanya kerana kita berpegang teguh pada jalan Allah...Anugerahilah kami teman setia yang tulus lagi dapat meluruskan fitrah ini, wahai yang menguasai 
nikmat "

ya umar..bolehkah kita menjadi orang2 yang kuat seperti ini...?


3 comments:

'atiqah said...

salam.
alhamdulillah, Umar dah besar sekarang.seronok tgk telatah dia
p/s: suka sgt tgk gmbr last.happy family, alhamdulillah! =)

faiznaimi said...

Salam Anis...

Wah...ke Colmar rupenya....
Sian anis tak jadi g Cameron.... (**)

Ape2 pun.... Love sangat pics Umar kat entry ni....Rindu Anis,rindu Umar.

Diary Qol said...

salam 'atiqah dan naimi..
terima kasih..doakan kami..

naimy..umar dh slim sket skrg.insya-ALlah ada rezeki nati kita jumpa na..miss u too..