Sahabat Setia

Sunday, March 27, 2011

Mock Trial Civil

Pendakwa raya, Peguam Bela dan saksi-saksi ..

Sobahannur....Selamat pagi umar dan khalifatullah....

Alhamdulillah, dengan kekayaan kasih dan rahmat Allah swt, masih mencukupi ruang-ruang waktu ini untuk ummi tuliskan sesuatu untuk kedua putera hati ummi dan abi. sepertimana berlalunya kehidupan kita seharian bersama bertambahnya taklifan serta amanah...mudah-mudahan segala kelemahan mampu dibaiki dan terus diperbaharui segala tekad dan azam..to be a better muslim insya-Allah...


Beberapa hari ini, banyak peristiwa penting buat kita sekeluarga. Pertamanya, sesi pembentangan kes di dalam kamar mahkamah PTSL sudah pun berlalu buat team ummi. Sepanjang semester akhir ini, kami bertungkus-lumus menyiapkan segala persiapan untuk menghadapi hari itu. Khamis yang lalu, alhamdulillah, kami berjaya membuktikan prima facie kes walaupun pada akhir jalan ceritanya judge melepaskan tertuduh. Keadaan win-win bagi kedua belah pihak, prosecutor dan juga defence counsel. Bagi ummi, the most important value yang dapat ummi garap dari sesi hampir 5 jam ini iaitu...Untuk menegakkan kebenaran, kita harus berani berdepan dengan keadaan..Kemudian, untuk memenangkan kes, banyak orang suka tipu-tipu fakta kes..dalam realiti dunia luar juga begitu. 




Tapi tidak semua pengamal undang-undang itu tidak amanah dalam kerjanya. Its all depend on us, to what extand we want it to be.. Bagi ummi sendiri, as a muslim lawyer, we should perform it better than others. menjaga etika dan tatasusila..menjaga ketelusan dan bekerja selayaknya. apa yang ummi maksudkan disini, iaitu..antara peranan peguam islam iaitu apabila kita lihat ada yang tidak betul pada anak guam kita..menjadi tugas kita untuk memberitahunya apa yang seharusnya dia buat. Bukan meyakinkannya apa yang akan kita buat untuk melindungi kepentingannya...Sebab jika kita berpegang pada prinsip yang kedua, bererti salah atau tidak, kita tetap akan memenangkannya. it goes wrong umar...


Sebelum perbicaraan bermula
Kata guru ummi...

"..kamu buat untuk yang benar sahaja...jika kamu menegakkan sesuatu yang sedia salah, at the end of the day, kamu akan realize yang kes kamu tiada asasnya...kalau tak sekali pun, kamu akan sedar..jiwa kamu tidak akan rasa tenang kerana kamu membela orang yang salah..."


Ada beberapa orang peguam yang pernah ummi temui, pendirian mereka..kadangkala mereka membela orang yang melakukan kesalahan sehingga menyebabkan mereka dapat melepaskan diri dari hukuman undang-undang, hanyalah semata-mata mahu memberi pengajaran buat mereka agar tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama kemudian hari....Mungkin ini benar di pandangan mereka...cumanya, bila ummi renung-renungkan kembali dalam penilaian dangkal ummi ni, ummi tidak rasa itu sesuatu yang betul..yea tergantungla pada sesuatu keadaan..Jika kesalahannya melibatkan kesalahan berat, ummi tak rasa kita tetap harus membela pihak ini..adakalanya mendidik memerlukan kepada hukuman agar mereka beringat-ingat dikemudian hari.... Umar setuju dengan ummi?

Saksi dalam kandang saksi..

em..apapun umar, ummi takkan berkata lebih..cukup disini. Sebab ummi tahu apa yang ummi dapati dan pelajari di law school sememangnya sesuatu yang idealistic..yang mencerminkan legal profession semestinya melibatkan keadilan dan kebenaran..walaupun hakikatnya di luar sana...the biggest cheater is a lawyer.. =) Bak kata guru ummi..." you will always come to that way because you know the law and now then you know how to break the law.."...

berminggu-minggu berkampung di Perpustakaan Undang-undang Fuu..Dari pagi sehingga malam..

nah umar....

Gambaran yang ingin ummi letakkan disini...One day, kalau diizinkan Allah swt.. Umar juga akan berdepan dengan suasana ini..Suatu suasana dimana masyarakat melihat yang benar itu salah dan yang salah itu benar... Terutamanya, apa yang syarak katakan iya..tetapi dipandang asing oleh masyarakat kita...dan apa yang syarak katakan tidak..itu yang dilakukan oleh mereka. Bila umar dalam keadaan ini..apa yang paling penting? ILMU..itulah titik tolaknya. Seseorang yang tidak berilmu akan senang diperbodohkan oleh sistem. Sistem yang ada pada hari ini begitu mencengkam jiwa muslim kita sehinggakan kita rasa...the system ask us to do so..its not our fault. This is wrong umar..kalau sistem itu mendidik kita untuk bertindak sesuatu yang melanggar batas, dengan ilmu yang ada..kita akan mampu menilai mana yang patut dan tidak patut kita lakukan...

Kerana itu, umar ceburilah apa sahaja lapangan ilmu...perubatan baik, perundangan, atau apa sahaja..yang paling penting kepakaran ilmu agama harus datang seiring...

Ikatan autoriti, rajah kasar tempat kemalangan, gambar-gambar yang menjadi documentary evidence dalam kes kami...


Namun begitu,

Ummi menyintai bidang ilmu ini....Lapangan ilmu ini seolah-olah 'kapal terbang'...ia mampu menerbangkan kita ke dalam apa jua bidang..Dengan undang-undang, kita dapat mengetahui ilmu-ilmu tentang perubatan, tanah, kejuruteraan, perbankan, tax, imegresen, business, korporat, politik, undang-undang antarabangsa dan sebagainya....Bak kata seorang pendokong dakwah islam..Umar Tilmisani.."Melalui bidang ini, ia membuka mata aku..betapa pentingnya menjadi tuan..jika tidak aku akan terus menjadi hamba kepada sistem jahiliah ini..dengan kepakaranku dalam bidang kehakiman dan undang-undang, aku dapat melihat manusia dengan karenah mereka..dan akhirnya aku telah dapati...manusia itu akan lemah seolah-olah hilang arah apabila meninggalkan agama yang memiliki ketinggian ini..jauh dari kehidupan mereka.." - dari buku kehidupan bersama Ikhwanul Muslimin...

3 comments:

Habibuki.. said...

Mabruk alaikk ya habibi zaujati. Telah melalui tempoh kepenatan yang agak ketara dan Allah telah permudahkan semuanya.Abang doakan mg Allah jadikan nurqolbi menjadi peguam yang bleh sumbang bakti buat ummah dan melawan ketidak adilan yang berlaku di luar sana. Ameen..

Anonymous said...

Syukran akak. Akak mmberikan persepsi baru pd saya tntng bidang ini.. Em ssh x nk kuasai bidang law ni akak?

Diary Qol said...

Habibi - hee..syukran kathira abang...terima kasih juga sudi menemani dalam mahkamah moot hari tu. Penguat semangat.. =)

anonymous - sama2.tak susah insya-Allah..mana2 bidang ada kesulitannya, cuma perlu ada minat..