Sobahannur...
Alhamdulillah ya Allah..kami menghayati pagi ini dalam suasana yang tenang...masih mampu mengucapkan kalimah syahadah..mudha-mudahan keseluruhan hari ini kita tempuhi dalam keimanan kepada Allah swt....
Apa khabar agaknya saudara-saudara kita di Jepun sana...yang dilanda ombak besar tsunami...kalau umar nak tahu, beberapa tahun lalu, tsunami melanda Acheh sehingga mengorbankan ribuan orang, memusnahkan rumah dan harta benda..Kali ini masih dengan cara yang sama.. Gempa bumi berukuran 8.9 skala ritcher mengakibatkan ombak besar setinggi lebih kurang 10 meter melanda ke kawasan persisiran pantai..Subhanallah umar, ummi teringat rakaman-rakaman tragedi tsunami melanda Acheh dulu, macamana ganasnya ombak ini memusnah dan menenggelamkan rumah-rumah, orang, kereta dan segala yang ada sehingga segalanya hilang sekelip mata...yang tinggal akhirnya hanyalah seakan-akan sebuah sungai besar yang sunyi..Umar, inilah dia...kalau Allah swt mahu sesuatu itu terjadi, maka tidak ada apa yang dapat menghalangNya..Sesungguhnya DIA maha berkuasa lagi maha gagah...
“Apakah kamu mengira akan masuk surga padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kami. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan, diguncang (dengan berbagai cobaan). Sehingga Rosul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, “Kapankah datang pertolongan Allah?” Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.” (Al-Baqarah: 214)
"Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?"
[ibrahim,44]
Umar...
Semalam, kita hantar abi ke Stesen Bas..masa abi cium umar, beriya-iya umar menangis sambil panggil " Abah..abah.."..alahai, sayu pula ummi dan abi tengok umar. Umar macam tahu saja abi nak tinggal umar seharian hari ni. Semenjak abi di hospital seremban, tugas abi taklah seberat dulu..malah abi ada banyak masa bersama umar berbanding ummi. Umar sekarang dah semakin rapat dengan abi. Abi selalu layani umar main, kejar-kejar, main bola, tengok cerita, buat susu, mandikan umar dan bacakan buku untuk umar...kadang2 abi balik awal, umar siap dapat tidur dengan abi lagi.. Sedangkan ummi seharian suntuk di fakulti..Patutlah umar sedih betul abi balik kelantan ni. Hari ni, tak dapatlah umar main dengan abi...
Tak mengapalah..insya-Allah esok abi balik...umarkan lelaki..umar kena kuat. Tak boleh menangis...lagipun, umarkan nak jadi pembela ummi dan abi kelak... =)
Semalam, sebelum tidur, umar asyik ketawa saja sambil main2 bantal tiger umar. Sampaikan bila ummi ambi bantal tu, terus umar buat muka merajuk ...sayang betul kat bantal tu. nanti ummi ambil gambar bantal tu untuk jadi kenangan disini..Umar, ummi abi doakan semoga umar menjadi anak yang berbakti kepada ibubapa, masyarakat dan deen yg plg utama...banyaklah yang hendak ummi ceritakan pada umar pengalaman-pengalaman ummi abi bertemu dengan ramai orang...banyak kita kenal sikap manusia,banyak mematangkan kita...yang hanya kita boleh percaya..hanyalah ALLAH..











New Born
No comments:
Post a Comment