Sahabat Setia

Monday, May 16, 2011

Al-Fatihah

Assalamualaikum wrh...

Umar dan khalifatullah yg ummi dan abi cintai...
Setelah beberapa waktu, baru kini ummi sempat Tinggalkan sedikit catatan buat buat kedua putera ummi abi..

Yea sayang...seperti yang umar lihat..keluarga kita beberapa hari ni sedang melalui saat2 kesedihan dan duka..13 mei lalu, dalam perjalanan kita pulang ke bangi, abimu menerima berita tentang kemalangan jalan raya yang meragut nyawa bapa saudaramu..abg sulung abi..masyaAllah umar..berita ini begitu mengejutkan kami dan seisi keluarga abi dan ummi. Allah lebih menyayanginya umar..Diusia 34 tahun, Allah menjemputnya kesisi Rabbil Alamin dengan meninggalkan isteri dan 5 orang anak yang masih kecil termasuklah saudara susuanmu Khalil Ibrahim...

Seisi keluarga abi terutamanya masih mengumpul kekuatan dan semangat untuk menerima ketentuan Allah swt ini. Takdir Allah swt..tidak ada yang lebih baik melainkan apa yang ditentukan Allah.

Allahyaam ayah long umar sangat menyayangi umar.. Namun Allah izin umar tak sempat untuk mengenalinya. Pemergiannya umar disaat dia berjuang untuk mencari rezeki dan membinankehidupan yang lebih baik buat keluarganya...

Umar...
Kita sekeluarga redha menerima pemergiannya...begitulah hakikatnya kehidupan mar.. Bila Allah izin insan yang dekat dengan kita pergi buat selamanya..dunia terasa kosong seketika.terasa begitu hampirnya kematian dengan kita..telah selesailah urusannya di dunia ini.. Dan yang tinggal pada kita hanyalah kenangan bersamanya serta ikhtibar dari Allah.. Bahawa kehidupan ini hanylah sementara.. Tidak kekal.. Rumah, harta, kereta, perniagaan.. Keluarga .. Akan kita tinggalkan dan kembalilah kita pada Allah swt..

Hidup ini hanya pinjaman mar...

Buat abi.. Kami sentiasa bersamamu..melalui saat2 getir ini.. Ummi akui ia bukanlah sesuatu yg mudah..namun begitulah dekatnya kami dengan abi.. Lebih dekat lagi Allah untuk memahami perasaanmu..

Al-fatihah buat abang sulung abi..bapa saudara umar.. Muhammad hilmy bin hamzah.. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta menempatkan dia disisi orang2 soleh dan beriman..

6 comments:

izwah said...

Innalillahiwainna ilaihira'jiun.. di usia yang muda arwah telah meninggalkan dunia. isteri serta anak-anak yang masih kecil.

semoga diberikan kekuatan kpd seluruh ahli keluarga arwah.

Allah sgt menyayanginya. sungguh, kematian itu sgt hampir sekali dgn kita , insaf ..hu

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh insyaAllah. aminn

'atiqah said...

salam. innalillah. insaf baca entri ni..betapa kematian itu dekat dengan kita..

moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang ALLAH redhai. amenn

Yin Areesa said...

Assalamualaikum

Takziah daripada akak sekeluarga.
Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, insyaAllah.

Diary Qol said...

terima kasih...doakan kesejahteraannya..begitulah hakikatnya kehidupan.Kita akan kembali pd Allah

Fazlinil Irma said...

al-fatihah. moga rohnya ditempatkan di sisi para solehin.

kebetulan. seorang yang terselamat tu suami kawan kepada kakak akak. jadi akak tengok gambar2 kemalangan kereta merc yg remuk. memang ngeri.

Diary Qol said...

Ya Allah betul ke kak..? kami semua tak sempat lagi ketemu dia..

kemalangan itu mmg teruk kak...