Sahabat Setia

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu wahai Ummi..

Assalamulaikum Warahmatullah wabarakatuh..
Buat putera-putera yang abi dan ummi kasihi, moga kalian sentiasa dalam pemeliharaan Allah..

Ha..Umar dan Khalifatullah tahu 8th May ni adalah Hari Ibu, penghargaan buat ibu-ibu semua.
Abi pun tak pasti bagaimanakah salah silahnya Hari Ibu.
Namun bagi abi..setiap hari adalah Hari Ibu/Hari Ummi..Kerana itu, apa yang abi dan ummi amalkan, setiap hari abi dan ummi akan doakan kesejahteraan Siti dan Sidi, Nekma dan Atuk..Kerana merekalah orang telah banyak berkorban untuk abi dan ummi..

Ok Umar dan Khalifatullah..Kita sama-sama nasyid lagu Ibu utk ummi..
Ok Umar jadi solo ye,khalifatullah dan abi ikut Umar nasyid..ok tak camtu..?



Ibu..bergenang airmataku 
Terbayang wajahmu yang redup sayu 
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan 
Bagaikan laut yang tak bertepian 

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan 
Tidak pun kau merasa jemu 
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu 
Dari kecil hingga dewasa 

Hidupmu kau korbankan 
Biarpun dirimu telah terkorban 
Tak dapat ku balasi 
Akan semua ini 
Semoga Tuhan membekati kehidupanmu ibu? 

Ibu? kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letak syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasih sayangmu sungguh bernilai 
Itulah harta yang kau berikan 

Ibu? kau ampunilah dosaku 
Andainya pernah menghiris hatimu 
Restumu yang amat aku harapkan 
Kerana di situ letaknya syurgaku 

Tabahnya melayani kenakalan anakmu 
Mengajarku erti kesabaran 
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan 
Menyuluh jalan kehidupan 

Kasihanilah, Tuhan? 
Ibu yang telah melahirkan diriku 
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana 
Moga bahagia ibu di dunia dan di akhirat sana


Selamat Hari Ibu wahai Ummi yang ku Kasihi kerana Allah..
Terima kasih atas segala titik peluh ummi membesarkan kami..
Masa yang ummi korbankan untuk kami..
Kesabaran ummi melayan karenah kami..
Doa yang tidak putus dari ummi buat kami..
Kami sayangkan ummi melebihi dari diri kami sendiri..

Ummi..Kami takkan sia-siakan harapanmu..
Akan kami penuhi segala hasratmu..
Demi kerana kami sebagai amanahmu..
Demi kerana amanah darimu untuk kami...
Untuk ISLAM..

Akan kami serahkan diri kami untuk ISLAM..

SELAMAT HARI IBU UMMII...

Doa dari kami khas buat mu Ummi..


Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

- Abi -

2 comments:

faiznaimi said...

Assalamualaikum...

Naimi dan Faiz juga ingin mengucapkan selamat hari IBU, in advance utk sahabat Naimi yang tercinta, Mahfuzah Hanisah....

Semoga Umar dan khalifatullah membesar seb anak2 yg soleh....

ana liyana said...

salamun salam...
selamat hari ibu kepada kak anis
yang sentiasa didoakan kesejahteraan hidupnya bersama zauj tercinta dan juga anak-anak yang soleh,
Insya Allah...