Sahabat Setia

Saturday, July 2, 2011

sabar dalam mendidik...

Assalamualaikum wrh...

Umar dan Amin, belahan hati ummi dan abi...



nak baca quran?


Umar dah nak masuk setahun sembilan bulan. Makin aktif, makin banyak benda baru umar buat...dan boleh ummi abi katakan...makin banyak juga umar menguji kesabaran ummi abi. =)

...mungkin inilah yang dikatakan proses menjadi ibubapa sedang bermula kan..

..bila melihatkan umar yang makin banyak buat 'kerja rumah'..dan adik yang semakin mahukan perhatian....semuanya seakan-akan luar kawalan ummi pula. Bila ummi sedang larang umar dari sepahkan makanan atas meja..adik pula menangis mahukan susu... bila ummi sedang menyusukan amin...umar pula menangis pada ummi minta dibuatkan susu...dan begitulah ghalibnya dari waktu ke waktu..silih berganti antara dua bersaudara, Umar dan Amin...








Mungkin inilah antara hikmahnya kenapa islam menggalakkan beza usia antara anak-anak sebaiknya dua tahun..ini kerana dalam tempoh ini, setiap anak itu memerlukan perhatian dan setiap fasa pembesaran mereka ini, hajatkan kepada tunjuk ajar dari kedua ibubapanya...bila jarak terlalu dekat, antara kekurangannya..sukar memberikan sepenuh perhatian buat anak yang sedang membesar...sebab itu mungkin ada sesetengah ibubapa yang ambil inisetif.."tak kisahlah anak nak buat apa, main apa..janji selamat..." huhu...adakah ummi dan abi juga sedang melalui fasa ini umar?...

Semalam, sedang ummi mandikan adik, umar tumpahkan sebekas air minuman di meja..bila ummi tutup baby cot adik dengan kelambu, umar tarik kelambu tu...bila ummi kemas pakaian di almari, umar pula tarik2 dan sepahkan breast-pump..sekarang, bila ummi cakap 'la'...(jangan) ..umar akan sengih2 dan buat juga. ayoyo.. kadangkala 'aktif' umar sekarang sehingga ummi rasa berderau darah..macam nak marah2 waktu tu juga...pening kepala ummi fikirkan solusi macamana nak communicate dengan umar agar umar faham apa yang ummi larang..dan betapa penatnya ummi ...


Bila penat..umar akan tidur...

hm...bila ummi renungkan kembali..baru ummi sedar bahwa inilah sebenarnya proses kan..apa yang boleh ummi dan abi lakukan hanyalah sabar dan tak putus asa untuk bantu umar memahami what is right and wrong..sebenarnya..proses inilah yang menagihkan banyak kesabaran. aduh..umar akan tahu nanti betapa walaupun sabar itu indah namun ia amat berat mar...

hurm moga Allah bantu untuk kami jadi ibubapa yang lebih teliti...
Marah, teguran, berlemah lembut atau sesekali terpaksa bertegas dengan umar...mudah2an semuanya dalam rangka mendidik kerana Allah swt...



Kata abi...sabarla dalam mendidik dan menjaga umar dan amin. mereka ibarat kebun pahala buat kita..


Mudah-mudahan...
Atas setiap satu titis usaha, akan pasti ada hasilnya kan.. ^_^

5 comments:

Marlina Mohtar said...

ya...mudah-mudahan kita lebih sabar dalam mendidik dan mentarbiyyah anak2 :) Umar sebaya auni...auni setahun 11 bulan..mmg cukup2 lasak+aktif dan membuatkan umminya berpeluh-peluh dikerjakan dia...tapi cukup seronok!

Anonymous said...

kak anis ! terima kasih sudi kongsi pengalaman m'besarkan umar dan amin. saya rasa teruja nak tahu dari sehari ke sari.penuh dengan tarbiyah intisari tulisan akak..

peminat setia umar n amin

adreena
UMT

Ummu Ukasyah said...

Betul tu. dengan meningkat dewasanya anak kita juga kena meningkatkan tahap kesabaran dalam mendidiknya. Memang tak dinafikan kadang-kadang kesabaran tu hilang, tapi bila marah tak membawa erti apa-apa sebab baby tak akan faham.

Semoga kita semua bersabar dalam membesarkan anak.

Diary Qol said...

betul tu.mendidik anak2 mmg satu perjalanan tarbiah yg baru..Allah pilih yg mampu kan.. =)

Diary Qol said...

amni pun macam umar juga ye?..peringkat usia ini mmg aktif..lps ni lagi byk cabaran utk didepani. moga Allah mudhkan kita semua =)