Alhamdulillah.. Wassolatuwassalamu 'ala rasuliLLah wa 'ala aalihi wasohbihi wa manittaba'alhuda...
selayaknnya kita panjatkan kesyukuran kita ke hadrat Allah swt..Tuhan yang maha pemurah yang memberikan kita rezeki dari sifat kasih sayangNya..rezeki itu bukanlah semata-mata dalam bentuk harta, malah anak-anak, kelapangan hati, kesenangan masa, kesempatan merasai kebahagiaan..kegembiraan, keceriaan, ia adalah rezeki dari Allah swt...
Dalam halaqoh ummi yang lalu, kami berbincang tentang sabar dan redha..ramai yang boleh bersabar atas ujian tetapi tidak ramai yang mampu redha atas ujian tersebut. Untuk sampai ke tahap kita redha atas apa yang Allah berikan kepada kita, baik rezeki atau musibah..inilah suatu perkara yang amat sukar mar..redha atas rezeki, insyaAllah mungkin boleh..tapi redha atas musibah, nah bagaimana?...kadangkala kita berusaha bersungguh2 untuk mencapai sesuatu, kemudian hasilnya tak seperti yang diinginkan...kita kecewa...hurm..mungkin selepas ini kita kena didik hati dan jiwa kita untuk redha menerima apa yang Allah beri dan tentukan.. =)
Satu perkara yang ummi ingin kongsikan disini, tentang siri cartoon yang ummi dan abi pilih untuk tontonan umar..lupa ummi menunaikan hajat seorang ibu yang sudah terlalu lama bertanya..
Sebenarnya, umar tak banyak sangat didedahkan dengan kartun upin dan ipin seperti pertanyaan itu, cuma yang ummi abi sediakan pada umar siri cartoon 'chunggington'..tentang 3 young trainee yang sentiasa ceria dan suka mencuba sesuatu yang baru saban waktu..banyak nilai2 yang bagus yang diselitkan seperti kesetiaan pada persahabatan, telling the truth, bersedia menyempurnakan tugasan yang diberikan, belajar menyelesaikan konflik yang berlaku, nasihat menasihati dan mcm2 lagi..honestly, ummi dan abi sendiri terhibur menonton siri ini. siri ini selalunya kami pasang bila dalam kereta..kerana bila umar di car seatnya, perhatian yang diberikan lebih lama berbanding di rumah..sering pasangkan untuk umar..sehinggakan ummi dan abi sendiri sudah hafal dialog dalam part tertentu cartoon ini...
jika di rumah, umar selalunya akan tonton siri cartoon handy manny..tentang kisah ilmu pertukangan dengan talking tools nya..Special Agent Oso, Jungle Junction, Bob The Builder, Dora the Explorer dan Little Einsteins..
..dan banyak lagi vcd2 lain...
tapi ...
dalam banyak2 siri ini, yang istimewa adalah vcd cartoon 'Gaza yang enggan tunduk'...sudah beberapa kali ummi dan abi pasangkan vcd ini pada umar..insya-Allah bila umar dan amin makin besar nanti, kalian akan semakin memahami...vcd cartoon ini bukan sekadar 'learning time' tetapi ia adalah hembusan semangat !
kalimah akhirah dari ummi dan abi..sebenarnya, dalam hal2 pendidikan anak-anak, ummi terpanggil pada kata-kata saidinar abu bakar yang lebih kurang bunyinya..'didiklah anak2mu sesuai dengan zaman mereka..' Malah, Rasulullah saw juga mengunjurkan kita mendidik anak2 dengan kaedah yang lebih advance sebagai persiapan untuk mereka menghadapi suasana yang lebih mencabar... “Didiklah anak-anakmu, kerana mereka dijadikan buat menghadapi zaman yang sama sekali berlainan dari zamanmu ini”....








New Born
5 comments:
salam. bagusnyee akak cd-cd tu akak. beli kat mana? hajat nak cari jugak bagi anak-anak murid tengok.. beselah mengajar kat sekolah rendah ni..heheh
sekarang ni tengah mencari nak mengumpul cd-cd yang bagus untuk anak-anak di sekolah. kalau ada cdangan cd yang menarik bgtahulah ye kak
terima kasih atas perkongsiannya. Dapat jadi rujukan untuk menapis rancangan cartoon yang sesuai untuk anak.
salam izwah...
cd2 utk anak2 sekolah rendah banyak yang bagus2 skrg ni dik..jika di pustaka mukmin, byk jual siri2 mari mengaji, adik dan sirah, adik dan al-quran dan banyak lagi dibawah rancangan ustaz zamri..bagus2 tu izwah..
kemudian, ada juga vcd2 belajar iqra' sambil nasyid..yang ni pun bagus sbb mudah nak ikut dan ingat. umar pun dah bnyk boleh sbt patah2 perkataan iqra' ni..
vcd2 cartoon, yang akak tulis ni sajalah yg biasa umar tgk..yg lain tu..xcuba lagi =)..
semoga Allah pimpin izwah lbih baik
salam ummu ukhasyah...sama2 kasih =)...
dari Allah jua..
Post a Comment