Salam sayang buat kedua anakanda..
Disini ummi abi titipkan perkongsian dari catatan Atuk..Ummi abi sangat menggemarinya. Jika umar dan amin nak tahu, Atuk seorang yang sangat pandai menulis dan bermain bahasa. Mungkin dari atuk terutamanya serta nenek, ummi mempelajari bahagaimana bahasa memainkan peranan penting dalam pendidikan anak-anak. Malah, jika dalam keluarga biasa menggunakan bahasa yang tidak manis, bahasa2 yang kasar, anak-anak juga akan terbiasa menggunakan bahasa yang kasar bila bersama orang lain. Bagi ummi, ini juga antara kesenian islam..betapa halusnya bahasa dan tutur bicara seolah mukmin itu..Sama-sama kita memperbaiki diri kita..tentang bahasa ini..insyaAllah ummi ceritakan di lain post..kali ini mari kita hayati..Bagaimana sepatutnya pembinaan sesebuah Ummah seharusnya bermula...Smg Allah redho..
***
Saya berfikir sendirian. Kata-kata yang cukup bermakna. Kalau dulu semasa di Universiti saya ghairah untuk mencari angka bilangan yang ramai, nak lihat natijah yang cepat. Tetapi jika kita lihat Rasulullah menyeru manusia kepada Allah yang Maha Esa. Setelah mereka menerima seruan tersebut, lantas Rasulullah membentuk dan mendidik jiwa mereka dengan hanya SATU sumber iaitu Wahyu Allah swt. Baginda tidak mengambil sumber yang lain. Baginda tidak mencerca dan menghina tuhan-tuhan orang musyrikin sebaliknya baginda terus mengajak manusia untuk memeluk Islam dan beriman kepada Allah.Baginda mendoakan agar mereka diberi hidayah oleh Allah.
Murabbi tersebut meminta agar membina sebanyak mungkin kelompok-kelompok kecil yang beriman tadi dibentuk dimerata tempat. Mereka dididik dan diasuh dengan sumber yang muktabr iaitu Al Qur'an, hadith, seerah Nabawiyah dan sebagainya. Sesekali mereka di himpun pula dalam suasana kasihsayang, makan bersama, tidur bersama, riadah bersama, solat bersama dan banyak lagi aktiviti yang lain dilakukan bersama. Sebelum saya mengakhiri catatan ringkas ini ingin saya kongsi bersama satu pengalaman saya yang benar-benar berlaku beberapa tahun yang lalu.
Ketika itu diadakan satu perhimpunan besar tahun yang telah diadakan di utara tanahair, kami dari kelantan menyewa sebuah bas.Peserta yang hadir dianggarkan 600 - 700 orang.Saya membawa seorang ustaz (dalam lingkungan 40 an) yang baru mengikuti halaqah yang baru dibina diperingkat kampung. Dia seorang yang aktif dengan sebuah parti politik Islam . Kesah ini sebenarnya beliau sendiri yang menceritakan kepada saya selepas beliau menghadiri program tersebut.Untuk maklumat semua, dia juga seorang perokok.
Ketika sampai di sana beliau berkenalan dengan driver bas yang kami sewa. Ketika program itu berlangsung driver bas membuka meja kecil jual "lighter" (untuk membakar rokok). Dari pagi hingga ke petang. tiada satupun yang laku. Dia merasa pelik. Disamping dia lihat peserta yang hadir tiada seorang pun yang merokok. Dia kata dia belum pernah berjumpa program yang sebegini besar, tiada seorang peserta pun yang merokok. Biasanya "lighter" nya tetap laris ketika majlis ceramah-ceramah agama di kelantan.Akhirnya dia malu sendiri.Pada keesokan harinya dia tidak lagi membuka meja jualannya.
Sahabat saya Ustaz itu, begini pula ceritanya. Di hari pertama dia mendengar penyampaian seperti biasa. Bila dia rasa kurang selesa, dia pergi keluar dewan untuk hisap rokok. Setelah 2 - 3 x dia hisap rokok, baru dia perasan tiada seorang pun dari peserta yang hadir merokok di waktu makan tengahari. Dia kata, dia pun selalu pergi ke program khusus yang dianjurkan oleh parti politiknya, tapi tabiat merokok adalah perkara biasa. Menyedari keanihan suasana yang ada , beliau saling bercerita dengan driver bas yang kami sewa. Tanpa di suruh akhir mereka berdua mengambil keputusan agar merokok secara bersembunyi diatas bas. Dia kata , masa yang berlalu amat menyiksakan (sebab tidak bebas hisap rokok) dalam masa yang sama beliau berasa cukup malu pada diri sendiri kerana beliau sendiri (sebagai pejuang Islam) masih lagi tidak mampu membuang benda HARAM ditangannya, berbanding dengan anak-anak muda yang hadir ke majlis itu, nampak simple tetapi mereka tiada melakukan tabiat yang diharamkan oleh Islam.Ustaz itu menjelaskan kepada saya , ini adalah program pertama yang pernah beliau hadir dimana tiada seorangpun yang merokok.Suatu kenangan yang indah. Dia memberi jaminan kepada saya, bahawa dia berazam untuk berhenti merokok.MasyaAllah
Inilah hasil tarbiyah yang berjalan, hati-hati yang sentiasa disirami dengan wahyu Allah swt, hati-hati yang yang telah memberi penyerahan yang total kepada "Sibghatullah" (Corakan Allah swt). Inilah ummah yang ingin kita bina. Anggota yang tinggi akhlaknya, sentiasa beramal dengan bersungguh, mengasihi saudara seagama dan sentiasa bekerja menyebarkan dahwah dengan cara yang baik dan beradap.Memang benar..kata seorang pejuang Islam Sheikh Muhammad Ahmad Ar Rashid dalam kitab al Mumtalaq " Jangan sampai kita berjaya mengumpulkan ramai orang, sedangkan hakikatnya kita hanyalah mengumpul angka-angka kosong (sifar) "...Sama-sama kita renungkan....
dmar






New Born
1 comment:
salam kak anis. masyaallah sejuk hati baca perkongsian dari kata2 pakcik arif dlm post kali ni..erm, buka senang nak bina insan, bermula dari alam rahim hinggalah membesar menjadi hamba allah yang soleh, taat pada perintahNya..bermula dari sebuah keluarga asas.suami isteri kemudian anak-anak yang diamanahkan olehNya
Post a Comment