Di pagi hari...
Assalamualaikum Umar. Alhamdulillah...syukur ke hadrat Allah swt di atas nikmat usia, nikmat kekuatan untuk bergerak, nikmat kesihatan dan yang plaing penting nikmat berada dalam naungan Iman dan islam..
yea, memang ummi akui, lama sungguh ummi tak menulis disini..
lama sungguh-sungguh..
abi lagi lama...
Beginilah sayang...
Alwaajibat aksaru minall awqaat ...
Tanggungjawab dan keperluan itu lebih banyak dari masa yang kita ada...
namun, ummi selalui berdoa diberikan lebihan masa untuk update perkembangan pembesaran umar dan ahmad disini. mana tahu kelak ia bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup kalian.. dan juga ummi abi..
kita sudah memasuki Tahun baru 2013. Semakin meningkat usia..
Tahun ini, umar bakal menginjak usia 4 tahun. Umar ummi dan abi telah daftarkan ke Brainy Bunch Montessori school untuk sesi pembelajaran tahun ini. Seperti tahun lalu, cuma lokasinya sahaja di tempat yang lebih jauh dari rumah kita..

Disini ramai yang sebaya Umar. Suasananya juga lebih impressive. Kawan-kawan seislam dari pelbagai bangsa.. Apa yang lebih ummi dan abi tertarik tentang kaedah pengajarannya yang tidak bergantung kepada buku semata-mata. Tapi banyak practical based. Contohnya jadual kelas umar seharian , pagi sampai ke sekolah, semua pelajar perlu berwudhuk dan solat dhuha secara berjemaah. Kemudian, akan ada assembly, nyanyi lagu sekolah, negaraku dan pre-school rhymes.. kemudian barulah masuk kelas. Kelas pula bertukar-tukar dari satu subjek ke subjek yang lain. Selain buku menulis, iqra.. mereka mengajarkan menggunakan kaedah experiments menggunakan bahan kayu, daun, dan sebaginya which is ummi abi rasakan this is the right time untuk umar belajar mengenal dan menguruskan sesuatu secara sistamatik dan tersusun serta berdikari dan cuba sesuatu dengan usaha sendiri..belajar kemahiran menggunakan otak kanan dan kiri.. belajar menghafal surah2..dan sebagainya.. InsyaAllah umar, mudah-mudahan umar dapat belajar sesuatu yang bermanfaat..
ini petikan yang ummi post di facebook - sekadar satu sesi perkongsian dengan teman-teman ummi...
Sebenarnya umar, sejak awal dulu, macam-macam kaedah ummi abi gunakan cara untuk pujuk umar untuk think positive pada sekolah umar tu. Ummi sedih kalau tengok umar menangis pergi sekolah. abi pun sama.
Ummi selalu doakan agar Allah permudahkan urusan umar.
insyaAllah

















New Born