ASSALAMUALAIKUM…
Apa khabar umar dan amin… sudah lama ummi tak menulis disini. Ummi dan abi Alhamdulillah baik-baik sahaja. Banyak yang mahu ummi ceritakan hinggakan tak tahu mahu dimulakan dari mana =)
Minggu lalu umar menyertai hari sukan Montessori School yang pertama sepanjang persekolahan umar. Setelah seminggu lebih berlatih di sekolah, Alhamdulillah hari sukan ahad lalu begitu mengujakan. Ummi tengok umar gembira sekali dengan topi duck dan juga melihatkan ramai kawan2 satu sekolah dengan Umar...Pada hari tu, umar masuk aktiviti memasukkan bola dalam bekas mengikut warnanya..dan menyusun bongkah-bongkah kayu. Ummi yang kena menemani umar pun teruja tengok umar bersungguh-sungguh memasukkan bola dalam bekas.. Seronok ye mar?.... Abi pada hari tu ambil cuti kerja sempena meraikan hari umar bersukan.. walaupun kita sedikit kelewatan pagi tu gara-gara umar yang tidak mahu mandi.. =)
Alhamdulillahi’ala kulli hal segala-galanya merupakan pengalaman baru bagi ummi dan abi… Begini rasanya apabila menemani anak bersukan ye.. =). Cepatnya masih berlalu, rasa ummi baru semalam ummi dan abi menimang-nimang umar dalam dukungan.. =)
Alhamdulillah, umar sekarang semakin petah bercakap. Apa yang membuatkan ummi abi rasa takjub dengan ciptaan Allah, bila umar sekarang mula bercakap sama seperti apa yang kami selalu ajarkan umar sewaktu umar masih bayi dulu..Alunan-alunan zikir banyak yang umar boleh baca. Lancar saja umar mengalunkan zikir seperti yang biasa umar dengar. Alhamdulillah..Hebatnya proses kejadian manusia. Memang ummi dan abi selalu baca dulu, anak-anak seawal usia baru lahir sehingga dua tahun adalah tempoh mereka menyimpan data. Apa sahaja yang ibubapa beri sewaktu usia ini, mereka akn simpan dan mulai recall all the memory setelah usia 2 tahun ke atas.. Subhanallah..hampir accurate kajian ilmuan ini mar.. Umar sekarang selalu nyanyi “ Mandi kerana Allah, makan kerana Allah, tidur kerana Allah, pakai baju kerana Allah, BO kerana Allah …etc”..sebenarnya mar, perkataan ini ummi dan abi selalu sebutkan pada umar sewaktu umar kecil dulu. Sekarang ummi masih lagi ulang-ulang sebut Cuma tidakla sekerap dulu..kdg2 kerana lupa.. Namun Alhamdulillah, Allah berikan umar ingatan sewaktu kecil dulu.. Apa yang umar sebutkan kini adik pula asyik mendengar.Mudah-mudahan lebih mudahla untuk adik absorb kan contoh tauladan dari umar ye.. Umar kan abang…….^_^
Sehingga ini dulu. Ummi dan abi sentiasa mendoakan semoga Umar dan Ahmad akan membesar menjadi Hamba Allah yang soleh dan anak yang taat kepada kedua ibubapa.. Meksipun disana banyak cabaran yang akan kita lalui, mudah-mudahan Allah swt sentiasa melindungi dan membantu kita… RedhaNya kita buru bersama..





New Born
No comments:
Post a Comment