Assalamualaikum wrh. Umar dan Ahmad.. apa khabar?..sudah lama ummi dan abi mendiamkan diri … =) sebenarnya, sekitar bulan april dan may ini, ummi dan abi agak sibuk. Kerja, keluarga, program disamping aktiviti-aktiviti kita. Tambahan lagi, Umar dan adik sudah semakin besar, makin banyak ‘kerja2’ yang dibuat bersama, memerlukan perhatian ummi abi.. Justeru masa yang ada, semaksimum mungkin ummi dan abi gunakan untuk bersama umar dan ahmad..
Ohya, tempoh latihan dalam kamar ummi akan berakhir lebih kurang seminggu sahaja lagi..Subhanallah cepatnya masa berlalu. Umar dan Ahmad doakan semoga dipermudahkan Allah swt. Selepas ini kalau diizinkan Allah, bolehlah ummi berkira-kira sendiri samada untuk menjadi ‘lawyer dari rumah’ sahaja, atau kerja di kawasan2 rumah kita atau… tengoklah dimana Allah susun tempat ummi. Yang paling penting, kita sekeluarga dapat terus bersama..Kata abi, keutamaan adalah keluarga, tetapi abi tidak menyekat cita-cita ummi…mudah-mudahan Allah berikan kita jalan keluar yang terbaik insyaAllah…
Abi pula sekarang sedang gigih berusaha dengan klinik barunya..Semoga Allah subhanahuwata’ala membantu abi dan mempermudahkan urusan abi..
Beginilah kehidupan ….
Disuatu waktu, umar dan ahmad juga pasti akan melalui zaman dimana kalian sentiasa memerlukan perancangan untuk mengemudikan kehidupan. Harus ada perancangan dan matlamat. Ummi belajar dari kehidupan berumahtangga ni, bagaimana suami dan isteri perlu sentiasa berbincang untuk menyusun kehidupan bersama. Baik dari segi pengurusan masa, pengurusan keewangan dan masa depan yang kita hajati…Tapi begitu sekalipun, apa jua yang Allah tetapkan di atas perancangan2 kita itu, itulah yang terbaik….
Throughout all the things.. barulah umar dan ahmad akan sedari bahawa kehidupan kita ni…sangat ringkas, pendek dan singkat..Gembira, sedih, suka dan duka dating silih berganti..Putus asa, bersemangat kembali.. semua itu proses-proses dalam kehidupan kita.. its just makes us live.. insyaAllah. Untuk itu sentiasalah kita berdoa semoga atucara kehidupan kita berlansung dari siri2 yang Allah swt redha…
Bak kata abi, syaitan sungguh suka jika kita lemah semangat, berputus asa, marah-marah, berhasad dengki, buruk sangka dengan Allah swt dsb.. kerana itu kita kena lawan..sebab apa?.. SYAITAN ADALAH MUSUH KITA…
“ Wahai manusia ! Sungguh, janji Allah itu benar, maka janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan janganlah (Syaitan) yang pandai menipu, memperdayakan kamu terhadap Allah”. (Fathir:5).





New Born
No comments:
Post a Comment