Akhirnya Allah swt izinkan ummi Long-call di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Yang Amat Arif Zaleha binti Yusuf...
Hebat percaturan Alalh swt. Awalnya ummi dan abi berhajat untuk menjalani proses pertabalan di Mahkamah tinggi Kota Bharu. Segala procedure telah dipenuhi, tapi Allah izin ada halangannya... Jadi inilah dia suratan.. bersama abi sebagai teman dan penguat semangat Ummi... Sebenarnya mar, ia bukanlah suatu majlis yang luar biasa. Cuma ia adalah satu majlis yang agak istimewa dan besar pengertiannya kepada kami yang berkecimpung dalam bidang undang-undang ni. Pendek kata, ia adalah satu titik tolak ataupun lesen untuk menjadi legal practitioner di malaysia.. Alhamdulillah...
Pendokong impian...
walaupun setengah orang mungkin berpandangan buat apalah nak sibuk2 kerja, jaga anak lagi bagus... dan sebagainya.. tapi ummi ada prinsip dan pendirian ummi sendiri.. Bukanlah bererti pendidikan anak dan keluarga diketepikan. Tapi apa salahnya jika tiada halangan, kita majukan kedua-dua aspek untuk kebaikan Ummah seluruhnya. Jika dengan bekerja, pendidikan dan pengasuhan anak sehingga membawa mudharat yang lebih besar, itu lainlah kisahnya.. Setakat ini insyaAllah apa yang ummi abi cuba sediakan untuk umar dan ahmad, pembahagian masa, kaedah yang boleh digunakan, pengasuh.. semuanya dalam rangka untuk sama-sama kita memajukan ummah yang sedia ada... di masa akan datang, lain pula perancangannya kan?... di waktu ini, peluang untuk ummi mengutip kemahiran, kepakaran dan memperluaskan bidang keilmuan ummi. agar beberapa kerat yang ada ini boleh dimanfaatkan keluarga kita dan masyarakat sekelilingnya. Walaupun ibu yang berkerjaya bukanlah satu keperluan yang mendesak, tetapi insyaAllah, kita akan sama-sama berusaha agar seimbang. Ummi pun banyak masa dengan umar dan ahmad...
Dimasa akan datang, semoga Allah swt sampaikan cita-cita ummi dan juga kejayaan buat abi...
dan yang paling utama... untuk melihat umar dan ahmad membesar menjadi rijaludeen... sama-sama kita berusaha....amin ya rabbal alamin...





New Born
No comments:
Post a Comment