Salamullahi'alaik...
Ummi baru rasa nak letak gambar-gambar kita di bandung suatu ketika, di tahun lalu.. =) gara-gara rasa malas nak updates tentang perjalanan kita di sana. Sebenarnya, ia satu percutian yang menarik sangat. Tambah lagi dapat bersama mama ngah yang masih lagi belajar di Makassar Indonesia. Kedatangan mama ngah bersama temannya winda, menjadikan percutian kita lebih harmoni dan senang. Maklumla, mama ngah dan temannya bisa bertutur dalam bahasa Indonesia dengan bagus.. Ummi dan abi? bolehla sikit2. terikut2 kan sinatron indonesia yang ditontonkan di malaysia barangkali.... =)
awal pagi bertolak, Umar dan Ahmad sambung tidur dalam flight
Dah bangun, tapi masih juga belum sampai. Perjalanan kita ke Jakarta mengambil masa hampir 2 jam lebih. Sedang fikir, apa lagi nak buat dalam flight ni selain menyanyi, cakap kuat dan berdiri nak tengok steward lalu lalang. huhu.....
Di airport awal pagi... dua2 muka mengantuk...
Ahmad explore bilik ... ini hobby dia dan umar...
waktu ini Umar pula sedang sibuk check tandas...
Kita ke sana selama 4 hari 3 malam. Dipandu oleh seorang jurupandu warga Indonesia yang kami panggil dia sebagai Pak Aat. Sungguh baik dan berbudi bahasa orangnya. Cuaca di bandung sangat nyaman.. Makanan pun boleh tahan, sedap. Cumanya kita lebih selesa membeli di kedai2 tertentu sahaja. Banyak penjaja menjual makanan di tepi-tepi jalan, tapi pesan atuk dan nekma yang juga pernah sampai ke sini, agar berhati2 memilih makanan. takut nanti sakit perut dan ciri-birit...
sama2 bersemangat untuk memulakan perjalanan pagi ni...
Umar beramah mesra dengan penjual air minuman...
Jalan-jalan nak kemana tu.. berdua..
Umar dan ahmad tahu..?
Di bandung ini, jika kita berhenti di traffic light, banyak penjaja makanan ringan, makanan berat, minuman, mainan, kain baju.. yang berkeliaran di atas jalan, menjual barangan kepada pengguna jalanraya. Ghalibnya, jika kita mahu membeli, boleh membeli hanya dari dalam kereta. Bila lampu sudah hijau, penjaja-penjaja ini terus ke tepi jalan bagi memberi laluan untuk kenderaan lalu-lalang... Begitu juga jika kita ke psar atau mall, banyak sungguh penjaja yang mengekori untuk menjual barangan mereka. ada yang faham2 saja jika kita tidak mahu beli, namun ada juga yang seakan memaksa...
Beginilah umar, untuk meneruskan kehidupan sekurang-kurangnya mereka ini lebih mulia dari peminta sedekah yang hanya tahu tunggu dan menagih simpati orang tanpa mahu berusaha walhal mereka itu mampu.. Simpati benar ummi abi lihat para penjaja jalanan di sana... Tapi kegigihan mereka itu, barangkali lebih kuat dari kita..
At Kawah Putih.. subhanallah.. antara keindahan dan kehebatan ciptaan Allah swt....
At Tangkuban Perahu...
Satu keluarga...
Bergambar berdua.. Adik yang masih malu2...
Sudah kena duduk dalam stroller sebab umar dan ahmad sukar dikawal. suka nak berlari ke sana ke mari di tengah keramaian orang...
At Kawah Putih...One of the best place at bandoeng
Sukanya ahmad...
Umar yang tak betah memakai mask. Ini bagi mengelakkan sakit hidung dan sesak nafas kerana bau lahar yang kuat dari tinggalan Gunung berapi...
Suka peluk adik.. tapi adik tak suka dipeluk....
ahmad masih belum mengerti...
batagor..Subhanallah, ini paling sedap rasanya... =)
makanan istimewa dari Bandung
Bubur ayam dicampur dengan kacang soya goreng. sedap rasanya...
Tempe goreng makan dengan cili api.. Cili api tu dimakan begitu sahaja. hebat Indonesia..!
Makanan2 disana, semua sedap2... mama ngah dan windala yang paling sibuk nak kita rasa macam2 jenis makanan di sana.. =)
Orang yang paling happy bila sampai di kawah putih....
mama ngah..
Kenderaan bantuan ini, sangat memudahkan untuk ummi dan abi kawal pergerakan umar.. =)
rasanya jika travel membawa kanak-kanak kecil, Strollerlah antara alat yang paling penting sekali...
Di Toko Tiga... Umar dan Ahmad sibuk melayani pelbagai binatang kecil dari kolam buatan.. ada kura-kura,
ikan, katak, parrot dsb....
Di Cihampelas Walk...
Perjalanan kita ke Jakarta dan Bandung kali ini, alhamdulillah Allah mudahkan semuanya...















New Born
No comments:
Post a Comment