Sahabat Setia

Wednesday, August 11, 2010

Ulangtahun



Assalamualaikum wrh...
Putera hati ummi dan abi...

Ummi teringat satu syair yang sering didendangkan oleh Syeikh Maulana Alhaady terhadap anaknya ...

hai suri hatiku..yang matanya terkandung sinar yang bening...
tidak ada bait pun yang serupa menggambarkan muara kasihku
hai yang menakluki lubuk cintaku...
penerus zuriatku...yang mewarisi darah kepahlawananku..
yang menyambung erat simpulanku dan ibumu..lambang cinta yang agung...
jari-jemari kecilmu..akanku usapi sehingga kau mendewasa
agar mengalir deras cinta hangatku
Meskipun nanti aku kian tiada disisimu seperti hari ini..
hai yang memiliki kebahagiaanku


Umar..
Jika umar tahu..hari ni 8 ogos, adalah hari ulangtahun pernikahan ummi dan abi..Ini bermakna telah genaplah 2 tahun ikatan yang terbina di antara kami.. Alhamdulillah...ternyata, perkahwinan itu di dalamnya tersirat bermacam-macam keindahan yang sukar untuk dilakarkan dalam bentuk kata-kata.... ternyata, hidup berteman itu lebih baik dari bersendirian....jika perkahwinan itu diikat atas dasar fillah, insya-Allah..marah, merajuk, gembira, sedih..suka duka..pahit manis..segalanya terasa indah dan harum belaka..kerana kita tahu..Allah redha pada pasangan suami isteri yang saling menyintai keranaNya...yang jelasnya..perkahwinan ini mengajarkan kita hakikat untuk menjadi mukmin yang sempurna....

Umar... sungguh cepat rupanya masa berlalu.. masih segar diingatan ummi dan abi saat diijabkabulkan..saat memberi ruang untuk masing-masing saling lebih mengenali....kegembiraan menerima kehadiran khalifatullah...pahit manis sepanjang mengandungkan umar sehinggalah kini susah senang bersama-sama membesarkan umar dan memberikan yang terbaik buatmu...Untungnya Allah swt kurniakan seorang teman akrab yang sentiasa disisi..disamping yang utamanya, dia menjadi orang yang paling sering mengingatkan kita untuk kembali pada Allah swt di saat kita sedang lalai...walaupun kedua-duanya hamba Allah yang lemah...tapi umar..dengan kehadiran insan seperti abimu..ummi memang sudah rasa seakan-akan memiliki semua yang ada di bumi ini....Alhamdulillah, apa yang Allah beri, itulah yang terbaik...


Umar doakanlah untuk ummi dan abi yea.. semoga Allah swt menguatkan ikatan kasih sayang ini..kerana dari ikatan ini pastinya kita mengharapkan natijah buat deen. Ummi memetik kata-kata pakcik RB, di dalam perkahwinan, kita mengharapkan suami isteri yang soleh, yang didalam rumahnya, berlansungnya proses tarbiyah yang berterusan..sehingga apabila anak-anak lahir, anak-anak itu pula menjadi ahli kepada proses tersebut..sehinggalah seluruh ahli rumah..tidak tertinggal menjalani proses tarbiyah..hingga lahir sebuah generasi islam yang kita cita-citakan...aduhai umar..sungguh tinggi dan mulianya cita-cita ini...!...dalam usaha-usaha ini, umar doakan ummi dan abi yea...

Semoga Allah redha pada keluarga kita...



4 comments:

faiz_naimi said...

Assalamualaikum..

Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat shbt yg naimi kasihi....anis&imi. Cepat btl masa blalu..msh tringat2 hari pkhwinan anis dulu..bkumpul bsama2 dgn al,su bg mraikan hr bsejarah anis.Naimi sndiri pun dh setahun lebih bsama faiz.Bbagai2 kisah suka duka kan dalam alam rumahtangga ni..hehe=)
Anis, Naimi sntiasa doakan agar tali pnikahan anis&imi sentiasa kekal slamanya dan khdupan anis skeluarga diberkati slalu olehNYA, amin...

Diary Qol said...

salam.terima kasih naimy atas doanya..semoga Allah swt juga mengurniakan rahmahNya ke atas perhubungan naimy dan faiz..

Bila kita kasihkan ssorg..kita juga berharap Allah akan mengasihinya jua..dan kita mengasihinya hanya kerana Allah.. =) ukhuwah fillah..

izwah said...

BarakaLlahu lakuma wa baraka alaikuma wa jama’a bainakuma fi khair

NurtaQwa08 said...

jazakillah..doakan kami yea izwah..