Assalamualaikum wrh...
Umar dan khalifatullah yang sentiasa didoakan...Sesuatu yang ingin ummi kongsikan..dari tulisan seorang akhawat..
Sebenarnya..
sebelum dia datang, kami sudah membaca nas-nas al-quran..
sudah mendengar banyak sekali nasihat..
namun..mungkin tidak begitu berbekas di jiwa..
Apabila dia datang..
Menggoncangkan yang diam..
Menggerakkan mereka yang berpangku tangan..
Menambahkan rasa cinta pada islam..
Menggantung himmah mereka di ufuk yang paling tinggi..

Ia adalah fikrah yang bersinar..
yang tidak berharap pada kekayaan..
hidup ditengah kami seperti sinar tipis yang menerpa dunia dengan lembut,
tetapi tidak mengambil apapun darinya,
tidak mengambil harta kecuali sebatas yang dibutuhkannya n segalanya sederhana..
Jika apa yang diingininya tercapai, tentu jiwa fikrah itu akan bersa senang..didalam sanubarinya terukir senyuman manis kebahagiaan..

Dia tidak lah membawa ilmu yang baru..
Bukanlah yang paling alim dikalangan ulama'..
Tetapi yang membuatkannya berbeza dengan orang lain..
dia menampakkan fikrah islam..
Menjelmakannya sebagai sesuatu yang hidup dan berjalan..
Memberikan keterangan yang jelas..
Dengan bahasa yang khusyu'..
Penuh cinta kasih..
Memancarkan nur yang dapat mententeramkan hati..
Menembusi jiwa dan lubuk sanubari..
Sehingga babak baru tersebar dalam jiwa hati yang mati..
Dia datang ketika ramai menganggap islam hanya terbatas pada bilangan rakaat solat dan puasa semata..
Dengan kehendak Allah..kehidupan mula bergerak..

Walaupun dia telah pergi..meninggalkan kami..
Dia tetap hidup didalam bunga2 mekar fikrah yang keluar dari satu hati..
Berpindah ke banyak hati yang telah
disiapkan oleh Allah dalam catatan takdirNya..
kerana dia hanyalah individu yang berusaha menggerakkan dakwah ..
IR-
Anak-anak ummi dan abi yang dikasihi...Fikrah islam itu akan sentiasa hidup..menyebar di kalangan hati-hati yang mendapat pancarannya..Dengan fikrah ini, kita mampu melihat kehidupan dari kaca mata yang berbeza. Ia sungguh unik..Pada ketika orang lain melihat kehidupan adalah suatu perlumbaan pada harta, pangkat dan kekayaan, mereka ini melihat kehidupan sebagai suatu jambatan yang akan membawa mereka ke akhirat..disisi Tuhannya...
Pada ketika orang lain berebut-rebut menjawat jawatan terpenting syarikat, mereka melihat jawatan penting itu perlu bagi menggunakan kedudukan itu untuk menawan hati-hati manusia dibawahnya untuk mengenal fikrah yang indah ini seperti mana mereka mengenalnya...Pada saat orang lain melihat wang itu penting untuk kepuasan hidup, mereka pula melihat wang itu penting untuk menghidupkan kerja-kerja dakwah mereka...yea..tidakkah umar lihat begitu uniknya mereka meletakkan kehidupan mereka ini..? berlumba-lumbalah umar...anak lelaki mesti gigih dan kuat semangat !

Yakini, hanya dengan ISLAM kita akan meraih KEMULIAAN...
" Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai lelaki yang berjiwa besar. Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah tugas lelaki sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orang-orang yang takut menghadapi rintangan, gangguan dan pertarungan, maka kumpulan tersebut terdiri dari angkatan lelaki yang berjiwa kecil, kerdil dan mementingkan diri sendiri."
-Muhammad Ahmad Ar-Rasyid-
Di rumah kita, ada satu white board, tempat untuk ummi dan abi tulis apa sahaja sebagai peringatan. Kalau abi tulis bahagian-bahagian doa yang ingin diingati, ummi pula akan tulis kata-kata, pesanan-pesanan ulama' muktabar..sebagai semangat, maklumlah, manusia itu dijadikan dengan sifat pelupa..Tapi lewat beberapa waktu ini, white board tu kurang fungsinya. Yang tinggal hanyalah cebisan doa-doa dan kata-kata yang telah lama ditulis dan tidak diperbaharui oleh mas'ulnya..apakah ini tanda keduanya sudah semakin futur ? .... ish.Nauzubillah..semoga dari sentuhan masa dan kesedaran akan menghidupkan dan memberi nafas baru untuk white board kita tu..
Sewaktu awal perkahwinan ummi dan abi dulu, kami ada memasang azam bersama-sama, kita akan gantungkan satu papan tulis untuk kita tulis everything yang bagus2 untuk peringatan kita. Which is like doa, kata-kata yang soleh, hadith etc. dirumah lama kita dulu, white board tu kami gantungkan di suatu ruang khas di ruang solat..Ternyata memang berkesan...setiap kali baca, ia menghembuskan syu'ur terhadap sabar dan tsabat dalam menempuh liku-liku dan tarikan2 dalam dakwah dan tarbiah..apa saja kata-kata semangat, doa-doa, ..kena selalu perbaharui seminggu sekali, atleast sebulan sekali..awalnya aktif..tapi mutaakhir ini..kesibukan ditambah dengan lupa.. serta keadaan rumah baru kita, kedudukannya agak tidak strategik, iaitu bukan di laluan utama atau tempat solat..Makanya, ia agak sepi...
Semoga ummi dan abi cepat bertindak untuk membina suasana rumah yang lebih comprehensive buat umar dan khalifatullah nanti...Mudah-mudahan semangat yang sedang ditimpa 'freezing season' ini akan segera hangat kembali insyaAllah..mungkin inilah juga dikatakan..anak-anak menjadi penguat semangat dan usaha ibubapanya...ye tak?
=)

New Born
5 comments:
salam'alaik kak anis..
rindu sangat kat akak, mesti akak busy kan dh final year ni.. Izwah doakan segala urusan akak dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah.
Seronok baca kata-kata ulama',(sajak2 yang akak tulis pendek dlm blog ni), sangat bermakna..dlm buku apa?antaranya..huhu
suka juga tengok kisah2 akak dlm menjaga amanah Allah ini.. semoga dipermudahkan juga..white board?ermmm nanti Izwah nak buat mcm akak juggaklah! satu idea yg bgs.. syukran akak...:)buat kat rumah bg satu keluarga dpt 'roh' bila pndang white board tu.. insyaAllah..
Salam kembali adikku izwah.rindu juga pd izwah.maafkan kak lama xmenghubungi izwah.doakan akak ye utk final sem ni..
sbnrnya izwah, kak anis kan tak ambil sastera arab cuma meminatinya saja. dan mmg hajat nak mempelajarinya di suatu hari jika diizinkan Allah.jadi petikan syair2 pendek ini hanya akak dpti dari teman2 yg mmg belajar.seronoknya mrk.. smuanya akak kumpulkan sendiri saja izwah.izwah ttu lagi byk..share2 la nnti..akak mmg suka sgt..syair arab mmg membawa pemerhatian yg amat dalam..
ye2..izwah buatla.boleh jadikan aktiviti keluarga.agih2kan tugas siapa yg akan buat hadith, ayat2 quran etc..seronok tu.. =)
salamua'laik,
masya Allah kak mahfuzah, idea yang bagus. macam nak try apply jer letak kat bilik dulu, insya Allah kalau cuba sekarang, boleh jadi istiqamahkan? so, moganya nanti bila sudah ada keluarga, dapat dimanfaatkan di ketika itu pulak. moga Allah permudahkan.. terima kasih atas idea yang sungguh bagus. =)
semoga keluarga kak mahfuzah sentiasa dibawah lindungan Ilahi. najwa copy sajak dan kata-kata kat atas ni. untuk peringatan sendiri dan kwn2 insya Allah. mohon halalkan ya kak.. =)
ukhwah fillah!!!
salamun salam..
ukht anis,ana doakan semoga ukht dan keluarga sentiasa di bawah naunganNya.. penulisan ukht dan zauj dalam blog ini banyak membantu ana menulis sesuatu cerpen atau novel sambilan.. pengalaman ukht dan zauj dalam mentarbiyah umar al-fateh dalam usia yang muda banyak mengajar ana dalam menempuh kehidupan sebagai married students.. tahniah dan teruskan,ana sentiasa mendoakan yang terbaik buat ukht..
salam seteguh iman,..
salam kembali buat najwa dan saudari anonymous..terima kasih krn sudi melayani kisah2 umar disini.hakikatnya kami hnyla yg plg dhoif..sbb stiap kata2 itu akan ditangih oleh Allah di akhirat nnti..doakan moga Allah bantu untuk kita sama2 membesarkan amanahnya ini yea...ohya..anti ni nama apa ye?..boleh kenal2.. =)smg dipermudahkan kalam anti dlm penulisan
Post a Comment