Sahabat Setia

Wednesday, May 4, 2011

Umar 2nd Swimming Lesson

Assalamualaikum wrh...

Umar, hari ini Alhamdulillah..Allah lapangkan masa abi dan ummi untuk bawa umar ke Pusat Rekreasi Air di Putrajaya..kali ini, ummi abi rendamkan umar dalam kolam kanak-kanak..Alhamdulillah juga kali kedua masuk dalam air tanpa sokongan pelampung, umar lebih berani compared kali pertama umar masuk air beberapa hari lalu...





Ummi ada terbaca satu artikel " Make your child feel free in the water.." Antara yang 
menariknya mar, satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem di German Sports Collage di Cologne, mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada peringkat awal menunjukkan pembangunan lanjutan dalam: kemahiran motor kasar dan halus, refleksi (masa tindak balas), kuasa tumpuan (fokus), Kepintaran / kecerdasan, tabiat sosial, interaksi sosial, keyakinan diri, kebebasan serta boleh menangani situsi yang diluar jangka....


Tak hairanlah mar kenapa Rasulullah saw mengunjurkan latihan renang buat anak-anak...


Umar dalam keadaan back floating. Cara ini untuk membantu meningkatkan confidence dan self-esteem pada diri kanak-kanak. Malah cara ini antara langkah awal untuk membantu mereka mengapungkan diri di atas air...Mula-mula umar memang sangat takut...lama-lama, abi buat banyak-banyak kali..umar makin okey..tapi masih takut-takut lagi..Insya-Allah..kena practise lagi si Umar Al-Fateh ni..





tengok, umar dah boleh gerak-gerakkan kaki macam gaya mengayuh..makin beranilah panglima ummi abi ni kan?



Umar dalam keadaan Swim Position..ummi tengok umar lagi selesa gaya ni..Sebab sambil berenang sambil dia minum air.. =)



Manjanya umar dengan abi.. kasihan abi..banyak abi batalkan locumnya semata-mata untuk lapangkan masa untuk panglima kecilnya ini..Umar demam sewaktu abi ke Terengganu...Bila abi balik, umar asyik nak abi dukung saja..



Menjerit selepas kena selam...



Gembiranya umar main air...Apapun sayang..ini hanyalah latihan untuk umar membina potensi tersendiri serta kemahiran..Sebab apa mar, kalau umar nak tahu Rasulullah saw seorang yang mempunyai kemahiran dalam banyak lapangan kesukanan..

Pernah ummi terbaca satu sirah rasulullah saw. Pada suatu ketika datang seorang pemuda Quraisy bernama Rukanah, mengajak Rasulullah saw untuk berlawan gusti dengannya...Peristiwa itu berlaku bila mana Rasulullah diminta membuktikan mukjizatnya. Syarat pertandingan itu ialah jika Rasulullah menang, Rukamah akan memeluk Islam. Akhirnya, Rasulullah memenangi pertandingan gusti yang diadakan tiga pusingan itu...


Bagaimana mar?..hebatkan?..begitulah..Jika orang islam menguasai pelbagai lapangan kemahiran, insya-Allah akan pasti ada manfaatnya..

Ummi tinggalkan umar dengan satu hadith Rasulullah saw..

Tiap-tiap sesuatu yang bukan zikrullah berarti permainan dan kelalaian, kecuali empat perkara: 

Seorang laki-laki berjalan antara dua sasaran (untuk memanah), seorang yang mendidik kudanya, bermain-mainnya seseorang dengan isterinya dan belajar berenang.” 
(Riwayat Thabarani)

oklah sayang..insya-Allah...kalau Allah izin, lain kali kita kesini lagi yea...

1 comment:

Mohd Ariff B. Abd Rashid said...

Hebatlah Umar berenang....lepas segala kerinduan kepada Umar..Nek Ma lom tengok nie..