3 tahun lalu...
Jemputan Walimatul'urus melalui web .. mawaddah-filqurba
Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara
Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah
ASSALAMUALAIKUM WRH..
Umar dan Amin yang ummi dan abi cintai...
semalam 8 august 2011 ...adalah hari ulang tahun pernikahan ummi dan abi..
alhamdulillah dengan rahmat dan keizinan Allah swt, sudah genap 3 tahun perhubungan terbina..
terasa sekejap saja masa berlalu..ummi rasa seakan-akan baru saja melalui tempoh bertunang..waktu berdebar2 menanti saat diijab qabul..waktu suspen nak kenal abi dengan lebih dekat.....dan sekarang, ummi dah semakin kenal abi..abi juga sudah semakin kenal ummi ..malah kadangkala itu antara satu sama lain lebih mengenali dan memahami berbanding pasangannya..=)...
Masih segar diingatan ummi, saat menuju ke gerbang perkahwinan dulu, ramai yang murah hati memberikan nasihat pada ummi tentang peri-pentingnya membina sebuah keluarga muslim dengan pemuda yang hatinya juga hajat dan cinta kepada perkara yang maaruf..mas'ulah ummi, sahibah2 ummi..dan paling berperanan membentuk dan meluruskan paduan ummi adalah atuk dan nekma umar amin..Kata atuk dulu, memilih pasangan antara kriteria yang terpenting sekali, kita tengok adakah matlamat dan manhaj hidup dia..sama seperti kita..apa yang kita nak dan hajatkan dalam hidup kita ni, sama tak macam yang dia nak dan hajatkan..kalau sama, insya-Allah perkara2 lain akan jadi mudah walaupun disana tentunya ada perbezaan sedikit sebanyak.. Kalau matlamat hidup tak sama, itu yang beri masalah...
nah, sekarang bila ummi melalui kehidupan ini bersama abi..bolehla ummi nilai kebenaran kata atuk ini..=)
rupanya, kehidupan berumahtangga ini tidaklah seperti drama dan novel yang sentiasa tenang, damai dan jernih..disana, pasti ada liku-likunya..masam manisnya..lagikan air yang tenang di tasik pun berkocak sekali sekala bila disapa angin..inikan pula hubungan suami isteri..Ummi sedar kebenaran kata-kata atuk ni..bila berlaku sebarang perselisihan faham..kita boleh balik pada pucuk pangkal matlamat kita.. Kalau matlamat kita sebab nak cari mardhotillah..dan nak ambil apa yang syarak katakan baik dan buang apa yang syarak katakan tak baik....insya-Allah..perselisihan akan mudah jernih dan lahir pula cinta yang mendalam kemudiannya..kerana masing2 sedar matlamat hidup bersama...saling mengingatkan bila terlupa, saling memuhasabah bila terlanjur..saling memberi semangat dan kekuatan bila lemah...
doa mereka ..
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Ar Rum: 21)
Begitulah umar..amin..bagi suami isteri itu Allah swt jadikan untuk saling membangunkan ikatan hati yang kuat dan sekuat-kuat pengikat hati adalah IMAN..
Abi selalu kata pada ummi .gembira, sedih, merajuk, marah dan sebagainya..semua Allah beri untuk kita belajar..untuk kita lebih menyempurnakan rumahtangga ini...manalah ada dalam dunia ini pasangan yang sempurna melainkan dia melalui proses2 ini... =) kerana itu kita kena sabar..begitulah, pernikahan, menginsafkan kita perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha...mudah-mudahan hubungan yang terbina ini sentiasa berada di atas landasan yang benar yang Allah swt redhai..








New Born
5 comments:
selamat ulantahun perkahwinan yg ketiga..semoga hubungan kalian kekal selamanya..ameen..=)
syukran .=) doakan kami ye..
kak anis. selamat menyambut ulangathun perkahwinan. sorry lambat wish :D moga ikatan keluarga yang terbina kekal hingga ke syurga inshaAllah aminn
selamat ulangtahun menuju bahagia yg ke 3..semoga ikatan suami isteri makin utuh makin cinta bersama kehadiran anak2..Moga Allah sentiasa redhai perkahwinan ini :)
terima kasih ya ukhti..izwah dan layla..hajat doa semua.. ^_^
Post a Comment